Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pasangan Amerika-Thai berdepan hukuman mati, rumah terapung cerobohi kedaulatan Thailand

Seorang pegawai kanan kerajaan Thailand menggesa seorang lelaki rakyat Amerika Syarikat dan seorang wanita Thailand, yang sedang melarikan diri daripada kemungkinan dijatuhi hukuman mati kerana membina rumah laut terapung, untuk mencabar tuduhan itu di mahkamah.

Anggaran Waktu Membaca:
Pasangan Amerika-Thai berdepan hukuman mati, rumah terapung cerobohi kedaulatan Thailand

Rumah terapung yang dibina pasangan Amerika-Thai di kawasan perairan Thailand. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 20 Apr 2019 10:09AM Dikemas Kini : 20 Apr 2019 10:10AM

BANGKOK: Seorang pegawai kanan kerajaan Thailand menggesa seorang lelaki rakyat Amerika Syarikat dan seorang wanita Thailand, yang sedang melarikan diri daripada kemungkinan dijatuhi hukuman mati kerana membina rumah laut terapung, untuk mencabar tuduhan itu di mahkamah.

Chad Elwartowski dan temanitanya, Supranee Thepdet, dituduh mencerobohi kedaulatan Thailand dengan membina sebuah rumah terapung yang menurut mereka terletak dalam kawasan perairan antarabangsa, 22.5 kilometer dari pantai barat pulau Phuket. Bagaimanapun, Thailand menyatakan struktur tersebut berada dalam lingkungan 200 batu (321 kilometer) zon ekonomi eksklusif negaranya.

Timbalan Gabenor Wilayah Phuket Supoj Rodruang Na Nongkhai menggesa pasangan itu untuk mendapatkan seorang peguam bagi mencabar kes tersebut dengan berkata bahawa mereka dipercayai sedang menyembunyikan diri di Thailand.

Pasangan itu dituduh di bawah undang-undang pencerobohan kedaulatan yang menetapkan hukuman penjara seumur hidup atau hukuman mati.

Elwartowski dan Thepdet ialah sebahagian daripada anggota gerakan ''Seasteading'' yang menggalak gaya hidup di kawasan perairan antarabangsa melampaui batas mana-mana undang-undang negara.

 Pihak berkuasa Thailand menyifatkan tindakan mereka sebagai menimbulkan halangan kepada laluan pelayaran dan memutuskan untuk merobohkan rumah terapung yang dibina.

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan