Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PAS zahir setia kepada kepimpinan Muhyiddin

PAS hari ini (27 Okt) menzahirkan kesetiaan tidak berbelah bagi kepada kepimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin serta mempertegaskan sokongan kesemua 18 Ahli Parlimen PAS bersama kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Anggaran Waktu Membaca:
PAS zahir setia kepada kepimpinan Muhyiddin

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 27 Oct 2020 10:23AM Dikemas Kini : 27 Oct 2020 10:26AM

KUALA LUMPUR: PAS hari ini (27 Okt) menzahirkan kesetiaan tidak berbelah bagi kepada kepimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin serta mempertegaskan sokongan kesemua 18 Ahli Parlimen PAS bersama kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Setiausaha Agung PAS Encik Takiyuddin Hassan yang menyifatkan PN sebagai kerajaan prihatin berkata tindakan itu adalah bagi memastikan keselamatan, kehidupan ekonomi serta ketenteraman negara dan rakyat terjamin.

"PAS menjunjung kasih ke hadapan Yang di-Pertuan Agong atas kebersamaan baginda dengan kerajaan dalam usaha gigih menguruskan dan menangani penularan pandemik COVID-19 yang menjejaskan kehidupan rakyat jelata.

"Pada masa yang sama, PAS menyeru seluruh rakan-rakan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk terus istiqamah mempertahankan kepimpinan Perdana Menteri dan kerajaan PN yang dibina bersama di atas keruntuhan Pakatan Harapan," katanya dalam kenyataan di Facebook beliau.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) turut menyeru rakyat Malaysia supaya berdoa serta memohon perlindungan berterusan daripada tuhan supaya dihapuskan segera wabak COVID-19 agar negara kembali selamat, aman dan bersatu-padu.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan