Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PAS usul undi percaya terhadap Muhyiddin di Parlimen bulan depan

PAS sudah mengemukakan Usul Undi Percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk dibentang serta dibahaskan dalam persidangan Parlimen yang akan bermula pada 13 Julai ini.

Anggaran Waktu Membaca:
PAS usul undi percaya terhadap Muhyiddin di Parlimen bulan depan

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 27 Jun 2020 07:29AM Dikemas Kini : 27 Jun 2020 07:32AM

KUALA LUMPUR: PAS sudah mengemukakan Usul Undi Percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk dibentang serta dibahaskan dalam persidangan Parlimen yang akan bermula pada 13 Julai ini.

Setiausaha Agung PAS, Encik Takiyuddin Hassan berkata usul tersebut dibuat bagi menzahirkan sokongan dan kepercayaan terhadap kepimpinan Encik Muhyiddin yang sudah menunjukkan kepimpinan yang prihatin serta mengutamakan rakyat sejak menerajui pentadbiran negara pada Mac lalu.

"PAS yakin kepimpinan Perdana Menteri akan terus mendapat sokongan malah sanjungan daripada rakyat jelata pelbagai kaum dengan perkhidmatan terbaik atas sokongan dan komitmen seluruh jentera kerajaan, sama ada peringkat persekutuan mahupun sebahagian besar kerajaan negeri," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada malam semalam (26 Jun).

Encik Takiyuddin berkata segala pakej rangsangan ekonomi yang digerakkan oleh kerajaan pula sudah disambut baik oleh semua sektor yang bergerak serentak ke arah pemulihan ekonomi negara.

Beliau berkata PAS amat yakin usul itu akan mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen apabila dibentangkan nanti dan dengan sokongan yang bakal diberikan sudah pasti akan terus mewujudkan kestabilan negara dan kemakmuran bersama semua rakyat," katanya.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan