Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PAS tanpa Allahyarham Nik Aziz, perpaduan jadi tanda tanya

Parti Islam SeMalaysia (PAS) bertanding buat pertama kalinya tanpa bimbingan dari Mursyidul Am parti itu, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Anggaran Waktu Membaca:
PAS tanpa Allahyarham Nik Aziz, perpaduan jadi tanda tanya

Anak-anak Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. (Gambar: Rothschild Jobi/Facebook)

Diterbitkan : 03 May 2018 05:57PM Dikemas Kini : 03 May 2018 06:09PM

KELANTAN: Parti Islam SeMalaysia (PAS) bertanding buat pertama kalinya tanpa bimbingan dari Mursyidul Am parti itu, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mantan Menteri Besar Kelantan itu meninggal dunia pada 2015 dan ia menimbulkan kekosongan besar dalam kepimpinan parti itu.

Dua anak lelakinya bertanding dalam PRU14 tetapi berlainan parti dan ini mencetuskan pertanyaan tentang perpaduan dalam PAS.

Nik Omar, anak lelaki kedua Allahyarham Nik Aziz bertanding sebagai calon Parti Amanah Negara bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Chempaka.

Amanah merupakan parti serpihan PAS dan menjadi anggota Pakatan Harapan.

"Saya yakin dalam situasi politik sekarang Pakatan Harapan lebih berdaya maju, lebih berdaya saing untuk menggantikan kerajaan yang sedia ada. Antara sebabnya, kekuatan gabungan yang ada. Ini sebenarnya ditegaskan oleh Almarhum ayahanda Tok Guru lagi," kata Nik Omar. 

Adiknya, Nik Abduh pula bertanding sebagai calon PAS.

Perpaduan dalaman PAS kini dipersoalkan terutama sekali selepas kematian Datuk Nik Aziz.

Tugas untuk menyatukan semula parti itu di Kelantan sekarang terletak di tangan Dato' Ahmad Yakob yang menjadi Menteri Besar menggantikan Allahyarham Datuk Nik Aziz.

"Pimpinan ulama itu menggantikan tempat Tok Guru.
Kalau Tok Guru seorang - tetapi kita sekarang ramai dalam bentuk jemaah, dapat kita memenuhi keperluan-keperluan zaman Tok Guru kerana kita berjemaah," kata beliau.

Sungguhpun ada kesinambungan dalam pucuk pimpinan PAS, bagi para penduduk Kelantan tokoh seperti Allahyarham Datuk Nik Aziz sukar untuk digantikan.

"Saya rasa pemimpin yang ganti beliau tidak sama dengan beliau. Tak boleh ganti, dari segi ilmu beliau, dari segi pengalaman beliau,"kata seorang penduduk, Marhani Awang.

"Saya rasa semua orang tahu macam mana sifat Tok Guru dengan sifat kepimpinan beliau, ketegasan beliau, dengan kedaulatan Islam beliau, mungkin yang itu kita terasa sangat, sebab aura Tok Guru memang lain sangat. Semua bangsa menghormati beliau," kata Suzamry Yahya pula.

Para pengamat berkata peninggalan Allahyarham Nik Aziz meninggalkan kesan besar terhadap parti PAS.

Sumber : CNA/MU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan