Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PAS sudah sedia 'terbang' ke Putrajaya demi M'sia

Mahu memartabatkan syiar Islam melalui politik menjadi 'kiblat' utama perjuangan parti itu yang kini membawa konsep Malaysia Sejahtera melalui Gagasan Sejahtera.

Anggaran Waktu Membaca:
PAS sudah sedia 'terbang' ke Putrajaya demi M'sia

(Gambar: Nasrul Hischamp/Facebook)

Diterbitkan : 05 May 2018 12:06AM Dikemas Kini : 05 May 2018 12:07AM

ALOR SETAR, KEDAH: Secara tradisinya, parti PAS gemar mengetengahkan idea wau bulan dengan bendera PAS paling besar sebagai lambang 'penerbangan ke bulan', yang diperjuangkan selama ini.

Mahu memartabatkan syiar Islam melalui politik menjadi 'kiblat' utama perjuangan parti itu yang kini membawa konsep Malaysia Sejahtera melalui Gagasan Sejahtera, lapor laman Astro Awani.

Seiring dengan perkembangan teknologi, PAS juga kini melakukan 'revolusi wau bulan' untuk rakyat Malaysia sama-sama terbang ke arah visi negara sejahtera.

"Ni (ini) kami dok (sudah) sedia nak 'terbang' pi (pergi) Putrajaya untuk Malaysia!"

Itulah ungkapan salah seorang jentera PAS yang ditemui di salah sebuah kampung berdekatan Jalan Parit Panjang, Sik sambil menunjukkan sebuah replika di tepi sebatang jalan utama di sana, menurut laporan Astro Awani.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan