Images
  • muhyiddin (2)
    Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. (Gambar: Bernama)

PAS seru parti politik beri sokongan padu kepada Muhyiddin

KUALA LUMPUR: PAS menyeru semua parti politik yang diberi amanah untuk membentuk kerajaan supaya memberikan sokongan padu kepada kepimpinan Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin.

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata ini penting bagi membolehkan kerajaan berfungsi dengan baik dan berkesan selain menumpukan perhatian kepada usaha menangani penularan semula pandemik COVID-19 serta langkah memulihkan ekonomi negara yang teruk terjejas.

Beliau berkata Jemaah Kabinet dianggotai oleh gabungan parti mestilah bertindak secara kolektif dan bertanggungjawab serta memberikan keutamaan dan fokus kepada kesejahteraan rakyat.

"PAS merafakkan setinggi-tinggi junjung kasih ke hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas kebijaksanaan dan langkah berhikmah baginda menyelesaikan sebarang kemelut termasuklah politik, sehingga berjaya membawa kepada ketenangan, keharmonian dan kestabilan dalam negara," katanya dalam kenyataan hari ini (15 Okt).

Kenyataan PAS itu dikeluarkan setelah Yang di-Pertuan Agong menerima menghadap Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim Selasa lalu yang mendakwa beliau mempunyai sokongan lebih 120 Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan Persekutuan yang baru.

LAPORAN BERKAITAN:

- BERNAMA/TQ/tq

Top