Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PAS sambut baik pengisytiharan darurat di M'sia

Pimpinan PAS menyambut baik pengisytiharan darurat di Malaysia sebagai langkah mengawal penularan wabak COVID-19 yang menunjukkan angka membimbangkan.

Anggaran Waktu Membaca:
PAS sambut baik pengisytiharan darurat di M'sia

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 13 Jan 2021 10:44AM Dikemas Kini : 13 Jan 2021 10:46AM

KOTA BHARU: Pimpinan PAS menyambut baik pengisytiharan darurat di Malaysia sebagai langkah mengawal penularan wabak COVID-19 yang menunjukkan angka membimbangkan.

Menurut Naib Presiden PAS Mohd Amar Nik Abdullah, tidak timbul lagi soal kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak cukup majoriti untuk memerintah kerana proklamasi darurat sudah dilaksanakan sehingga Ogos.

Keadaan ini membolehkan kerajaan menumpukan usaha untuk mengawal penularan wabak COVID-19 tanpa gangguan politik dan sebagainya.

“Saya boleh bersetuju sebab bila kita duduk di dalam kerajaan, kita boleh lihat angka, data dan ada alasan munasabah untuk kerajaan isytihar darurat.

“Orang di luar, maklumat tidak banyak, ini langkah sesuai, bukan lama pun sampai bulan Ogos.

“Bagi saya sekarang ini isu COVID-19 dan ekonomi. Ini sekejap orang ini ada angka, sekejap tarik sokongan, macam mana kita hendak bergerak untuk tangani masalah ini?” soalnya.

Katanya lagi, sukar bagi sesebuah kerajaan yang mempunyai majoriti tipis menjalankan khidmat sekiranya terus diganggu dan diugut.

PAS berpandangan, tempoh penggal kerajaan PN masih panjang untuk mentadbir negara.

Mohd Amar mempersoalkan tindakan ahli Parlimen UMNO yang meletakkan syarat perlu diadakan pilihan raya sehingga suku pertama tahun ini, sedangkan negara berdepan dengan pandemik COVID-19 dan ketidaktentuan ekonomi.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan menuntut pemimpin pembangkang memikirkan untuk membantu kerajaan menangani masalah dan kepentingan rakyat dan bukannya memberikan tekanan.

Beliau juga mempersoalkan pembangkang, adakah dengan menukar kerajaan dapat menyelesaikan kes COVID-19.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan