Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PAS pertikaikan cukai soda yang dipertimbangkan kerajaan M'sia

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menolak sebab yang diberikan Pakatan Harapan untuk memperkenalkan cukai baru bagi minuman ringan.

Anggaran Waktu Membaca:
PAS pertikaikan cukai soda yang dipertimbangkan kerajaan M'sia

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man. (Gambar: @bernamaradio/Twitter)

Diterbitkan : 30 Aug 2018 08:45AM Dikemas Kini : 30 Aug 2018 08:50AM

MALAYSIA: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menolak sebab yang diberikan Pakatan Harapan untuk memperkenalkan cukai baru bagi minuman ringan.

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata hujah kesihatan yang diuar-uarkan tidak masuk akal kerana kerajaan baru sahaja menurunkan harga gula.

“Kesemua hujah-hujah yang dikemukakan oleh pimpinan Pakatan Harapan sekarang sudah setaraf di zaman Barisan Nasional di mana rakyat terasa intelek mereka sedang dihina,” kata Encik Ibrahim kepada Malaysiakini.

Harga kawalan gula turun sebanyak 10 sen sekilogram berkuat kuasa 1 September, menjadikan harga baru gula sekitar RM2.85 (S$0.95) bagi setiap kilogram, lapor Malaysiakini.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada Isnin (27 Ogos) mengesahkan kerajaan sedang mempertimbangkan cukai minuman ringan bagi membendung masalah kesihatan.

Katanya, cadangan itu selaras dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia bagi membendung masalah berat badan berlebihan, penyakit kencing manis dan masalah lain berkaitan pengambilan gula.

Menurut Malaysiakini, Dr Mahathir juga mengatakan bahawa kadar pesakit kencing manis di Malaysia amat tinggi dan terdapat rakyat Malaysia yang minum minuman ringan sehingga tujuh botol sehari.

Dalam pada itu, Encik Ibrahim berkata, rakyat faham bahawa Pakatan Harapan perlu mencari alternatif mendapatkan pendapatan yang hilang akibat pemansuhan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Lantaran itu, PAS mencadangkan peningkatan cukai rokok, arak dan judi untuk menampung pendapatan negara.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan