Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PAS berlapang dada terima pelantikan Tommy Thomas

PAS menerima dengan hati terbuka dan berlapang dada perkenan Yang Di-Pertuan Agong melantik Encik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara yang baru, lapor Sinar Harian.

Anggaran Waktu Membaca:
PAS berlapang dada terima pelantikan Tommy Thomas

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 06 Jun 2018 12:20PM Dikemas Kini : 06 Jun 2018 12:24PM

KUALA LUMPUR: PAS menerima dengan hati terbuka dan berlapang dada perkenan Yang Di-Pertuan Agong melantik Encik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara yang baru, lapor Sinar Harian.

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata pihaknya mengucapkan tahniah kepada Peguam Negara dan berharap beliau sentiasa bertindak memelihara kedaulatan undang-undang.

“PAS bersedia memberikan kerjasama dalam segala perkara yang baik dan pada masa yang sama bertindak sebagai pembangkang yang konstruktif dan berperanan sebagai semak dan imbang dengan memberikan pandangan, cadangan serta membuat pendirian dalam perkara-perkara menyentuh kepentingan umum sama ada bagi umat Islam mahu pun lainya,” kata beliau dalam satu kenyataan semalam (5 Jun).

Menurut Sinar Harian semalam, Istana Negara memperkenankan cadangan melantik Encik Tommy sebagai Peguam Negara baru menggantikan Encik Apandi Ali. 

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan