Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Parti yang perjuang pemisahan Hong Kong dengan China diharamkan

Hong Kong mengharamkan sebuah parti yang memperjuangkan pemisahan wilayah autonomi khas itu dari China atas alasan demi keselamatan wilayah tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Parti yang perjuang pemisahan Hong Kong dengan China diharamkan

Gambar fail Andy Chan yang memimpin Parti Nasional Hong Kong (HKNP). (Gambar: Anthony Wallace/AFP)

Diterbitkan : 24 Sep 2018 07:21PM Dikemas Kini : 24 Sep 2018 07:24PM

HONG KONG: Hong Kong mengharamkan sebuah parti yang memperjuangkan pemisahan wilayah autonomi khas itu dari China atas alasan demi keselamatan wilayah tersebut.

Parti Nasional Hong Kong (HKNP) pimpinan Andy Chan dikenakan pengharaman itu, sekitar 10 hari selepas ia membentangkan hujah bagi mempertahankan kewujudannya.

Inilah kali pertama Hong Kong mengharamkan sesebuah parti politik sejak Britain memulangkan wilayah jajahannya itu kepada China 21 tahun lalu.

Polis meminta agar Parti Nasional Hong Kong itu diharamkan sejak Julai lalu.

HKNP merupakan sebuah parti kecil tetapi terkenal. Anggota-anggota utamanya berjumlah kurang 20 orang.

Sumber : AFP/MU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan