Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Parti Social Democrats menang tipis pilihan raya Jerman

Jerman berdepan dengan ketidaktentuan politik untuk beberapa bulan akan datang.

Anggaran Waktu Membaca:
Parti Social Democrats menang tipis pilihan raya Jerman

(Gambar: Christof STACHE / AFP)

Diterbitkan : 27 Sep 2021 04:21PM Dikemas Kini : 27 Sep 2021 04:29PM

BERLIN: Jerman berdepan dengan ketidaktentuan politik untuk beberapa bulan akan datang.

Parti Social Democrats (SPD) pada Isnin (27 Sep) menang tipis pilihan raya umum, lantas berdepan saingan mandat daripada kem konservatif dianggotai Canselor Angela Merkel.

Keputusan rasmi awal menunjukkan SPD memperoleh 25.7 peratus undi, manakala blok CDU-CSU pimpinan Cik Merkel mencatat sejarah kemerosotan undi paling teruk sejak tujuh dekad lalu apabila meraih 24.1 peratus.

Parti Green pula menyusul di tempat ketiga dengan 14.8 peratus undi yang merupakan pencapaian terbaik setakat ini tetapi masih di bawah jangkaan.

Calon Canselor daripada SPD, Olaf Scholz yang menyandang jawatan Naib Canselor serta Menteri Kewangan Jerman ketika ini, berkata beliau memperoleh mandat jelas untuk mengambil alih pentadbiran.

Bagaimanapun pada masa sama, pesaing konservatif beliau, Armin Laschet dari parti Cik Merkel turut menuntut hak untuk cuba membina pemerintah seterusnya - memulakan perebutan bagi kemungkinan rakan gabungan.

Jerman yang menikmati kestabilan politik sepanjang tempoh 16 tahun di bawah kepimpinan Cik Merkel, dilihat bakal berdepan keadaan sukar pada beberapa minggu serta bulan mendatang.  

Sumber : AFP/SS/ih
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan