Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Parlimen UK tolak perjanjian Brexit

Perdana Menteri Britain, Theresa May mengalami kekalahan yang paling buruk dalam sejarah apabila Perjanjian Pengunduran Brexit yang dipersetujuinya ditolak oleh sebahagian besar daripada 230 Anggota Parlimen negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Jan 2019 12:48PM Dikemas Kini : 16 Jan 2019 09:44PM

LONDON: Perdana Menteri Britain, Theresa May mengalami kekalahan yang paling buruk dalam sejarah apabila Perjanjian Pengunduran Brexit yang dipersetujuinya ditolak oleh sebahagian besar daripada 230 Anggota Parlimen negara itu.

Berpuluh-puluh Anggota Parlimen dari Parti Konservatif bersama-sama dengan para anggota parti lain menolak keras perjanjian yang dipersetujui Cik May dengan Kesatuan Eropah (EU).

Tahap kegagalan yang dialami Cik May jauh lebih teruk daripada yang dijangkakan oleh para pegawai kerajaan.

Menurut EU, besar kemungkinan ia akan menyebabkan pengunduran Britain berlaku tanpa sebarang perjanjian.

Para pemimpin EU kini menyerahkannya kepada Britain untuk mendapatkan kata putus yang kukuh mengenai apakah yang diinginkan daripada perjanjian Brexit.

Sumber : Agensi berita/AY/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan