Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Parlimen Thailand bahas kegagalan PM Prayut Chan-o-cha sempurnakan lafaz sumpah jawatannya

Parlimen Thailand pula membahaskan kegagalan Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha menyempurnakan lafaz sumpah jawatannya semasa kerajaan baru pimpinannya mengangkat sumpah pada 16 Julai lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Sep 2019 03:30PM Dikemas Kini : 18 Sep 2019 09:24PM

BANGKOK: Parlimen Thailand pula membahaskan kegagalan Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha menyempurnakan lafaz sumpah jawatannya semasa kerajaan baru pimpinannya mengangkat sumpah pada 16 Julai lalu.

Semasa mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, Encik Prayut tidak menyebut bahagian yang meminta para pemimpin Thai melafazkan taat setia kepada Raja dan mematuhi perlembagaan negara.

Pihak pembangkang dan para pengkritik mengatakan kegagalan itu boleh menyebabkan kerajaannya dianggap tidak sah.

Perbahasan parlimen hari ini (18 Sep) memberi tumpuan kepada tuntutan pembangkang supaya PM Prayut memberi penjelasannya kepada parlimen.

Minggu lalu Mahkamah Perlembagaan Thai enggan mengeluarkan sebarang keputusan sambil mengatakan perkara itu perlu diselesaikan oleh pihak kabinet dan Raja Thai.

Walau apapun keputusan yang diambil ia dijangka tidak memberi kesan besar kepada kerajaan.

Encik Prayut sendiri menegaskan beliau akan memikul tanggungjawab sepenuhnya dan kabinet akan mencari jalan penyelesaiannya. 

Sumber : Agensi berita/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan