Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Parlimen Mesir sokong langkah lanjutkan penggal Sisi

Parlimen Mesir pada Selasa (16 Apr) meluluskan pindaan terhadap perlembagaan yang mungkin mengekalkan Presiden Abdel Fattah al-Sisi dalam jawatannya hingga 2030. Bagaimanapun pindaan ini perlu disahkan melalui pungutan suara sebelum ia boleh dilaksanakan.

Anggaran Waktu Membaca:
Parlimen Mesir sokong langkah lanjutkan penggal Sisi

Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 17 Apr 2019 02:50PM Dikemas Kini : 17 Apr 2019 02:53PM

KAHIRAH: Parlimen Mesir pada Selasa (16 Apr) meluluskan pindaan terhadap perlembagaan yang mungkin mengekalkan Presiden Abdel Fattah al-Sisi dalam jawatannya hingga 2030. Bagaimanapun pindaan ini perlu disahkan melalui pungutan suara sebelum ia boleh dilaksanakan.

Perubahan itu akan melanjutkan penggal pentadbiran Encik Sisi sekarang dari empat kepada enam tahun serta membolehkannya bertanding untuk penggal ketiga, untuk tempoh enam tahun. Pindaan itu juga akan menguatkan lagi peranan tentera dalam bidang politik dan meluaskan kuasa presiden ke atas badan kehakiman, kata para pengkritik.

Seramai 531 daripada 596 anggota parlimen - yang kebanyakannya terdiri daripada penyokong Encik Sisi - mengundi untuk menyokong pindaan itu.

Tarikh bagi pungutan suara belum ditetapkan, namun poster-poster dipaparkan di merata Mesir, menggalak warganya untuk mengambil bahagian.

Para penyokong Encik Sisi berkata penggubalan itu perlu untuk memberikan beliau lebih banyak masa untuk menyelesaikan projek pembangunan utama dan pembaharuan ekonomi. Pengkritiknya bagaimanapun berkata ia membuka laluan bagi pemusatan kuasa di tangan seorang pemimpin yang dituduh oleh kumpulan-kumpulan hak asasi sebagai mengekang kebebasan.

"Ini akan menghasilkan sistem pemerintahan paling terpusat di Mesir dalam hampir setengah abad," kata Nathan Borwn, profesor sains politik di Universiti George Washington.

Seorang lagi kritik MIchele Dunne, berkata penggubalan tersebut bertujuan menghadang sebarang saingan politik bagi Encik Sisi.

Penggubalan itu termasuk menubuhkan dewan parlimen kedua dipanggil Dewan Senat, terdiri daripada sekurang-kurangnya 180 anggota yang sepertiganya dilantik oleh presiden. Presiden juga akan diberi kuasa baru untuk melantik para hakim dan pendakwa raya.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan