Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Parlimen Britain tolak usulan Brexit buat kali ke-3

Para Anggota Parlimen (AP) Britain pada Jumaat (29 Mac) buat kali ketiga menolak perjanjian Brexit yang diusulkan Perdana Menteri Theresa May. Ini lantas membuka jalan kepada kebuntuan yang berterusan, atau perpisahan "tanpa perjanjian" yang pastinya kucar-kacir dalam masa dua minggu lagi.

Anggaran Waktu Membaca:
Parlimen Britain tolak usulan Brexit buat kali ke-3

Gambar fail bendera Britain dan Kesatuan Eropah (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 30 Mar 2019 05:13PM Dikemas Kini : 30 Mar 2019 05:15PM

LONDON: Para Anggota Parlimen (AP) Britain pada Jumaat (29 Mac) buat kali ketiga menolak perjanjian Brexit yang diusulkan Perdana Menteri Theresa May.

Ini lantas membuka jalan kepada kebuntuan yang berterusan, atau perpisahan "tanpa perjanjian" yang pastinya kucar-kacir dalam masa dua minggu lagi.

Nilai mata wang pound merosot apabila dalam pengundian terbaru, 344 AP menolak perjanjian itu berbanding 286 yang menyokongnya.

PM May berkata beliau berasa amat kecewa dengan keputusan tersebut.

Namun PM May yakin beliau dapat meyakinkan para AP supaya menyokong perjanjian Brexit itu apabila satu lagi pengundian diadakan di parlimen, mungkin minggu depan.

Bagaimanapun pemimpin Parti Buruh yang membangkang, Jeremy Corbyn, meminta PM May supaya segera meletak jawatan jika beliau terus enggan mengubah perjanjian itu selepas ditolak tiga kali agar pilihan raya umum boleh diadakan.

Di pihak EU, ketua perundingnya bagi Brexit, Michel Barnier berkata kerajaan Britain mempunyai tempoh sehingga 12 hari bulan depan untuk memberitahu kesatuan itu tentang langkahnya yang selanjutnya.

Sumber : Agensi berita/MU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan