Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Paras air 3 empangan Johor jatuh ke tahap lebih rendah dari paras kritikal

Paras air di tiga empangan Johor yang membekalkan air mentah ke loji-loji rawatan, jatuh ke bawah paras kritikal akibat cuaca panas, menurut laporan media tempatan pada Ahad (21 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Paras air 3 empangan Johor jatuh ke tahap lebih rendah dari paras kritikal

Empangan Sungai Lebam pada Februari 2019 (Gambar: Norbakti Alias)

Diterbitkan : 22 Apr 2019 08:24AM Dikemas Kini : 22 Apr 2019 08:28AM

PETALING JAYA: Paras air di tiga empangan Johor yang membekalkan air mentah ke loji-loji rawatan, jatuh ke bawah paras kritikal akibat cuaca panas, menurut laporan media tempatan pada Ahad (21 Apr).

The Star melaporkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sebagai menyatakan, paras air di empangan Lembam adalah 15.9 peratus setakat sehingga Khamis, manakala empangan Upper Layang berada pada paras 21.8 peratus dan Empangan Pulai 2 pada 36.1 peratus.

Loji-loji rawatan membekalkan air kepada sekitar sejuta penduduk, menurut laporan itu lagi.

SPAN semasa menjawab pertanyaan The Star, turut menyatakan cuaca panas itu turut menyebabkan paras air di Sungai Sedili Kecil surut. Ini menyebabkan penurunan pada pengeluaran air terawat di loji air Lok Heng di Kota Tinggi, yang menjejas bekalan air kepada 4,004 keluarga dan premis. Gangguan pada bekalan air itu berjaya ditangani Ahad lalu.

Loji rawatan air Sungai Gembut, juga di Kota Tinggi, terpaksa mengurangkan pengeluaran air terawat selepas paras air di Sungai Gembut merosot.

Menurut SPAN, pengendali air Ranhill SAJ melaksanakan program bekalan air berjadual pada 21 Mac untuk 6,041 keluarga dan premis, yang berakhir pada 19 April. Ia menambah bahawa pihaknya akan terus memantau paras air empangan yang membekalkan air ke loji rawatan untuk memastikan para pelanggan menerima bekalan air terawat yang berterusan.

Suruhanjaya tersebut juga menggesa kerajaan negeri dan pengendali air di semua negeri supaya "memantau keadaan di empangan dan sungai yang membekalkan air ke loji rawatan masing-masing".

"Ini akan membolehkan langkah-langkah awal diambil untuk menangani sebarang gangguan pada bekalan air," katanya sambil menambah bahawa pelanggan perlu berhemat apabila menggunakan air dan mengelakkan pembaziran.

Sumber : CNA/Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan