Images
  • organ manusia

Para saintis temui 'interstitium', organ terbesar manusia

NEW YORK: Sekumpulan saintis menemui apa yang dipercayai organ terbesar dalam tubuh manusia.

Dipanggil 'interstitium', rongga berisi cecair itu boleh ditemui di bahagian bawah kulit sehinggalah ke ruang-ruang di sekeliling organ lain.

Ia ditemui secara kebetulan oleh para saintis pada tahun 2015, ketika mereka sedang mengkaji duktus hempendu seorang pesakit bagi mengesan tanda-tanda barah.

Untuk itu, mereka menggunakan sejenis endoskop yang dilengkapi dengan kamera kecil untuk melihat ke dalam tubuh manusia.

Namun apa yang mereka temui adalah rongga-rongga itu sekaligus merungkai kemusykilan mengenai 20 peratus lagi cecair tubuh yang tidak diketahui sebelum ini.

Menurut para saintis, cecair yang ditemui di dalam interstitium itu berjumlah kira-kira 10 liter.

Fungsi utamanya dipercayai adalah untuk menyerap kejutan bagi melindungi anggota-anggota tubuh yang bergerak.   

- Agensi berita/NT/nk

Top