Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Papua New Guinea dilanda gempa sekali lagi

Papua New Guinea dilanda gempa bumi sekuat 6.7 pada skala Richter pagi tadi (7 Mac), kata pakar seismologi Amerika Syarikat. Ia berlaku selang seminggu selepas sekurang-kurangnya 67 orang terbunuh akibat gempa yang melanda di kawasan yang sama.

Anggaran Waktu Membaca:
Papua New Guinea dilanda gempa sekali lagi
Diterbitkan : 07 Mar 2018 09:55AM Dikemas Kini : 07 Mar 2018 10:00AM

SYDNEY: Papua New Guinea dilanda gempa bumi sekuat 6.7 pada skala Richter pagi tadi (7 Mac), kata pakar seismologi Amerika Syarikat. Ia berlaku selang seminggu selepas sekurang-kurangnya 67 orang terbunuh akibat gempa yang melanda di kawasan yang sama.

Gempa tersebut merupakan yang paling kuat pernah dialami penduduk kawasan pedalaman di bahagian pergunungan negara Pasifik itu sehingga keadaan darurat disytiharkan sedang para penyelamat bertungkus-lumus berusaha untuk menembusi kawasan di mana penduduk kampung terperangkap menyusuli gempa bumi 7.5 magnitud itu.

Gempa kali ini berlaku sejurus selepas 12.00 tengah malam dan ia sedalam 33 kilometer menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat.

Bencana minggu lalu disifatkan pegawai Australia yang berpangkalan di negara itu sebagai gempa bumi paling dahsyat pernah melanda kawasan pergunungan tersebut dalam masa 100 tahun.

Beribu-ribu penduduk kini kehilangan tempat berteduh, makanan dan air bersih di kawasan Southern dan Western Highlands serta wilayah Enga dan Hela, menurut Persatuan Palang Merah. Menurutnya lagi, jalan raya tersekat, bekalan kuasa terputus dan gempa susulan yang kuat menghambat usaha menyelamat.

Angka korban rasmi masih belum dikeluarkan setakat ini.   

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan