Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Papan iklan Barisan Nasional disimbah cat hitam

Sebuah papan iklan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Barisan Nasional (BN) yang memaparkan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Jerantut, Pahang disimbah cat hitam, menurut laporan Astro AWANI

Anggaran Waktu Membaca:
Papan iklan Barisan Nasional disimbah cat hitam

Gambar: Astro AWANI.

Diterbitkan : 18 Apr 2018 07:50AM Dikemas Kini : 18 Apr 2018 07:53AM

JERANTUT: Sebuah papan iklan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Barisan Nasional (BN) yang memaparkan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Jerantut, Pahang disimbah cat hitam, menurut laporan Astro AWANI.

Insiden vandalisme pada papan iklan yang dinaikkan dua minggu lalu di persimpangan Jerantut-Temerloh berhadapan Masjid Inderapura itu disedari penduduk tempatan pada jam 10.00 pagi semalam (17 Apr).

Astro AWANI melaporkan bahawa menyusuli insiden tersebut, pihak BN di bahagian Jerantut membuat aduan polis pada jam 3.20 petang.

Setiausaha UMNO Bahagian Jerantut, Ahmad Nizam Mohd Hassan, 53 tahun, berkata bahawa sejauh ini, pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat mengenai dalang di sebalik insiden itu.

Namun perkara itu diakui merupakan yang pertama seumpamanya berlaku pada tahun ini.

“Ini adalah perbuatan yang tidak sihat dan merupakan suatu penghinaan kepada pemimpin negara dan pengerusi BN, jadi kami bertindak membuat aduan polis hari ini.

“Kita tidak mahu menuduh siapa-siapa kerana kami masih belum mendapat maklumat mencukupi mengenai perkara ini.

"Disebabkan itu kami akan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan,” katanya kepada Astro AWANI.

Menurut sumber, Perdana Menteri bakal melawat kawasan Jerantut dan Kuala Lipis pada 25 April ini.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan