Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pantai timur AS siap sedia dilanda Taufan Florence; ombak setinggi 4m diramalkan

Tiga negeri pantai timur Amerika Syarikat bersiap sedia menghadapi Taufan Florence, - ribut kategori empat yang pertama bakal melanda North Carolina, dalam masa enam dekad. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Sep 2018 07:08PM Dikemas Kini : 12 Sep 2018 09:15PM

AMERIKA SYARIKAT: Tiga negeri pantai timur Amerika Syarikat bersiap sedia menghadapi Taufan Florence, - ribut kategori empat yang pertama bakal melanda North Carolina, dalam masa enam dekad.

Ribut tersebut semakin kuat dengan angin selaju 225 kilometer sejam.
Jabatan Kaji Cuaca Amerika memberi amaran ombak setinggi empat meter dijangkakan.

Banjir besar juga diramalkan di North dan South Carolina esok pagi (13 Sep).

Maka itu, para penduduk di Charleston, South Carolina sedang berusaha mengekang air bah daripada mencetuskan kemusnahan ke atas harta benda termasuk rumah masing-masing.

Lebih sejuta penduduk di kawasan persisiran pantai sudahpun diarah berpindah dan laluan jalan raya utama sudah dipesongkan kepada laluan sehala.

Namun ada juga penduduk yang berdegil enggan berpindah.

Virginia, Maryland, Washington DC, serta North dan South Carolina sudah mengisytiharkan keadaan darurat.

Presiden Donald Trump pula sudah memperuntukkan dana Federal bagi operasi menyelamat dan pemulihan.

Lapan juta kotak makanan dan air botol dikirimkan ke wilayah-wilayah terjejas. 

Sumber : CNA/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan