Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Panggilan video pengubat rindu perantau tidak dapat pulang beraya

Syawal yang tiba sering dialu-alukan untuk bersua muka dengan orang yang tersayang.

Anggaran Waktu Membaca:
Panggilan video pengubat rindu perantau tidak dapat pulang beraya

(Gambar: Astro Awani)

Diterbitkan : 23 May 2020 09:32PM Dikemas Kini : 23 May 2020 09:44PM

JERLUN: Syawal yang tiba sering dialu-alukan untuk bersua muka dengan orang yang tersayang.

Namun, apakan daya sambutan Aidilfitri tahun ini berbeza disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan COVID-19.

Walaupun terpaksa berpisah ratusan kilometer daripada sanak saudara, Basah Abdul Rahim, 64 tahun tetap pasrah menghadapi Hari Raya Aidilfitri tahun ini dalam keadaan norma baru.

Menukil laporan Astro Awani, Cik Basah yang tinggal bersama anak bongsunya, Nor Azzawani Syuib, 29 tahun membuat persiapan secara ala kadar sahaja.

Memandangkan Cik Nor Azzawani sekeluarga tinggal bersama Cik Basah, setidak-tidaknya beliau tidak keseorangan menyambut Lebaran.

Menurut Cik Nor Azzawani, dua lagi abangnya yang menetap di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang tidak dapat pulang ke kampung halaman disebabkan oleh peraturan larangan perjalanan rentas negeri.

Namun bagi Cik Nor Azzawani, ia bukanlah masalah yang besar kerana adanya kemudahan teknologi panggilan video yang boleh menjadi penghubung dan pengubat rindu seisi keluarga.

(Gambar: Astro Awani)

"Persiapan raya tahun ini memang tak ada apa sangat nak dibandingkan dengan tahun-tahun yang lepas. Memang banyak berbeza.

"Memang mereka akan balik bergilir; memang tak pernah terlepas lah.

"Tapi tahun ini, memang mereka tak dapat balik. Tak mengapa, demi keselamatan kita semua.

"Jadi kita berayalah di rumah masing-masing tahun ini. Tahun depan kita jumpa lagi, InsyaAllah," kata Cik Nor Azzawani seperti dinukil Astro Awani.

Bagi ibu Cik Nor Azzawani, perasaan terindu kepada anak dan cucunya terubat seketika apabila dapat menatap wajah mereka dan mendengar ucapan Selamat Hari Raya melalui panggilan video.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan