Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Panggil saja saya 'Bro Saddiq', kata Menteri termuda M'sia

Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Syed Saddiq Abdul Rahman tidak mahu dilihat mengambil pendekatan 'old school'

Anggaran Waktu Membaca:
Panggil saja saya 'Bro Saddiq', kata Menteri termuda M'sia

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. (Gambar: Amy Chew)

Diterbitkan : 03 Jul 2018 08:27PM Dikemas Kini : 03 Jul 2018 08:29PM

PUTRAJAYA: Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Syed Saddiq Abdul Rahman tidak mahu dilihat mengambil pendekatan 'old school'. Maka itu, beliau meminta para pegawai kementeriannya memanggil saja beliau sebagai 'Bro Saddiq'.

Selain itu, menteri termuda Malaysia berusia 25 tahun itu turut mempelawa pegawai Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk menyertai beliau bersenam dan berlari-lari anak supaya dapat melahirkan budaya gaya hidup sihat.

"Panggilan YB (Yang Berhomat) membuat saya rasa seperti sudah berusia. Baik panggil saya Bro Saddiq sahaja. 

"Kita perlu terapkan budaya kerja yang baharu. Sebelum masuk kerja atau selepas waktu bekerja kita boleh pergi 'jogging'. Kita nak pupuk budaya bersukan ini bukan sahaja kepada belia berusia bawah 21 tahun tetapi semua rakyat Malaysia, warga KBS khususnya.

"Dulu ketika zaman belajar, kita semua 'fit' dan rajin bersukan, tetapi selepas masuk zaman bekerja, perut dah nampak ke depan. Kita kena aktifkan balik budaya sukan dalam kehidupan harian kita," katanya dalam ucapan pertamanya kepada warga KBS selepas memulakan tugas secara rasmi di Menara KBS.

Menurut Encik Syed Saddiq lagi, KBS harus bergerak sebagai satu keluarga dengan mengamalkan budaya kerja yang mesra dan bersantai dengan meletakkan isu protokol di tepi.

Sumber : Bernama/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan