Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pandemik dijangka berakhir awal 2022, kata pegawai WHO

Pengarah Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Eropah Hans Kluge percaya pandemik COVID-19 akan berakhir pada awal 2022, lapor Agensi Berita Anadolu.

Anggaran Waktu Membaca:
Pandemik dijangka berakhir awal 2022, kata pegawai WHO

Pejabat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Geneva, Switzerland. (Gambar: Denis Balibouse/REUTERS)

Diterbitkan : 22 Feb 2021 03:06PM Dikemas Kini : 22 Feb 2021 03:07PM

COPENHAGEN: Pengarah Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Eropah Hans Kluge percaya pandemik COVID-19 akan berakhir pada awal 2022, lapor Agensi Berita Anadolu.

COVID-19 masih merebak pada 2021, namun ia akan lebih terkawal berbanding tahun lalu, katanya kepada saluran penyiaran Denmark, DR pada Ahad (21 Feb).

Menyifatkan situasi terburuk kini berakhir, Encik Kluge berkata terdapat lebih banyak maklumat mengenai virus ini dibandingkan dengan 2020, ketika peringkat awal penularan.

Namun, beliau turut mengingatkan tidak ada sesiapapun yang dapat mengetahui keadaan pandemik COVID-19 pada masa depan.

"Virus ini akan terus wujud, tapi saya berpendapat ia tidak lagi memerlukan sekatan. Ini adalah mesej yang optimis,” katanya.

Encik Kluge berkata mutasi adalah perkara biasa dan virus itu sedang menyesuaikan diri dengan individu yang dijangkiti, yang menjadi kebimbangan ialah penularan mutasi yang pantas. 

Menurutnya, WHO memantau rapat keberkesanan vaksin COVID-19 yang dibangunkan untuk melawan jenis virus yang pantas merebak itu, katanya jika perlu vaksin dapat diubah berdasarkan mutasi baru dan tidak perlu membangunkannya dari mula.

Beliau berkata mutasi tidak akan menjadikan virus itu tidak terkawal namun ia akan memberi lebih tekanan kepada negara-negara yang sistem penjagaan kesihatannya sudah di tahap sukar.

Masalah terbesar akan muncul apabila mereka yang disuntik vaksin berada di kelompok sama dengan golongan yang tidak diberi vaksin kerana itu faktor penjadualan memainkan peranan sangat penting, katanya.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan