Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pandemik COVID-19 menyebabkan pencemaran udara berkurangan

Pandemik virus korona COVID-19 menyebabkan kegiatan perusahaan digantung dan mengurangkan tahap pencemaran udara di seluruh dunia, menurut imej satelit yang ditunjukkan Agemsi Anglasa Lepas Eropah (ESA).

Anggaran Waktu Membaca:
Pandemik COVID-19 menyebabkan pencemaran udara berkurangan

(Gambar fail: Adnan Abidi/Reuters)

Diterbitkan : 23 Mar 2020 11:06PM Dikemas Kini : 23 Mar 2020 11:08PM

LONDON: Pandemik virus korona COVID-19 menyebabkan kegiatan perusahaan digantung dan mengurangkan tahap pencemaran udara di seluruh dunia, menurut imej satelit yang ditunjukkan Agemsi Anglasa Lepas Eropah (ESA).

Laman the Guardian melaporkan seorang pakar sebagai berkata bahawa peralihan mendadak itu seakan satu "eksperimen skala terbesar" dari segi kurangnya pengeluaran asap dari kilang.

Bacaan dari satelit Sentinel-5P ESA menunjukkan sepanjang enam minggu yang lalu, paras nitrogen dioksida (NO2) di bandar-bandar dan kelompok-kelompok perusahaan di Asia dan Eropah ketara lebih rendah berbanding pada tempoh yang sama tahun lalu.

Nitrogen dioksida dihasilkan daripada enjin kereta, loji kuasa dan proses perusahaan yang lain dan dianggap memburukkan lagi penyakit pernafasan seperti semput.

Walaupun ia sendiri bukan gas rumah hijau, pencemaran itu berasal dari aktiviti dan sektor industri yang sama bertanggungjawab ke atas sebahagian besar pelepasan gas karbon dunia dan menyebabkan pemanasan bumi.

Imej oleh Pentadbiran Penerbangan dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) Amerika juga menunjukkan jumlah nitrogen dioksida di Wuhan, China banyka susut bulan lalu.

Dengan keadaan penularan COVID-19 bertambah baik di China, imej dari ESA baru-baru ini menunjukkan jumlah gas itu kian bertambah.

Profesor kajian pencemaran udara di Universiti Leicester Paul Monks, meramalkan akan ada pelajaran penting untuk ditimba.

"Kita kini secara tidak sengaja melakukan eksperimen skala terbesar yang pernah dilihat," katanya kepada The Guardian. "Adakah yang kita lihat sekarang membayangkan masa depan jika kita boleh bergerak ke arah ekonomi rendah karbon? Bukan untuk meremehkan kehilangan nyawa, namun ini mungkin memberi kita harapan dari sesuatu yang mengerikan. Untuk melihat apa yang boleh dicapai."

Profesor Monks, yang juga bekas ketua jawatankuasa penasihat sains kerajaan UK bagi mutu udara, berkata bahawa pencemaran udara yang berkurangan boleh membawa manfaat kesihatan, namun tidak mungkin dapat mengimbangi kehilangan nyawa daripada penyakit itu.

"Nampaknya berkemungkinan besar pengurangan pencemaran udara akan memberi manfaat kepada golongan yang mudah terdedah, contohnya pesakit semput," the Guardian menukil beliau sebagai berkata.

"Ia boleh mengurangkan penyebaran penyakit. Pencemaran udara yang tinggi meningkatkan jangkitan virus kerana ia menyebabkan radang dan melemahkan daya tahan tubuh. "

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggambarkan NO2 sebagai "gas toksik yang menyebabkan keradangan ketara saluran pernafasan" pada kepekatan melebihi 200 mikrogram setiap meter padu. 

Zarah pencemaran juga boleh menjadi vektor untuk patogen, serta memburukkan lagi masalah kesihatan sedia ada. WHO kini sedang menyiasat sama ada zarah pencemaran udara mungkin merupakan vektor yang menyebarkan COVID-19 dan menjadikannya lebih menular. 

Sumber : Agensi berita/TQ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan