Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Palestin sambut baik bantahan antarabangsa projek petempatan baru Israel

Palestin pada Selasa (7 Dis) menyambut baik tindakan masyarakat antarabangsa yang membantah pembinaan 9,000 unit kediaman oleh Israel di Baitulmakdis Timur, lapor Agensi Berita Xinhua.

Anggaran Waktu Membaca:
Palestin sambut baik bantahan antarabangsa projek petempatan baru Israel

Petempatan Israel di Tebing Barat. (Gambar: AP)

Diterbitkan : 08 Dec 2021 04:59PM Dikemas Kini : 08 Dec 2021 05:02PM

RAMALLAH: Palestin pada Selasa (7 Dis) menyambut baik tindakan masyarakat antarabangsa yang membantah pembinaan 9,000 unit kediaman oleh Israel di Baitulmakdis Timur, lapor Agensi Berita Xinhua.

"Lebih banyak tindakan diperlukan untuk mencapai matlamat menamatkan petempatan haram Israel," menurut kenyataan Kementerian Luar Palestin.

Kenyataan itu turut menyeru masyarakat antarabangsa meningkatkan lagi usaha untuk melancarkan proses damai di Timur Tengah berdasarkan ketetapan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Selain itu, Amerika Syarikat digesa untuk mengambil "langkah praktikal" terutamanya membuka semula konsulat Amerika untuk menjalankan hal ehwal Palestin di Baitulmakdis Timur.

Pada Selasa, media Israel melaporkan akan menangguhkan projek untuk membina lebih 9,000 unit rumah baru di kawasan Lapangan Terbang (Atarot/Qalandia).

Menurut laporan itu penangguhan dibuat selepas jawatankuasa perancangan meminta tinjauan untuk menentukan kesan alam sekitar dan proses tersebut mungkin mengambil masa yang agak lama.

Perluasan penempatan Israel menjadi antara isu paling hangat dalam konflik Palestin-Israel dan satu penyebab utama yang merencatkan rundingan damai antara kedua-dua pihak sejak 2014.

Sumber : Bernama/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan