Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Palestin luahkan penghargaan, PBB tolak keputusan Trump

Presiden Palestin berbesar hati dengan keputusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selepas perhimpunan agung diadakan di mana keputusan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengiktiraf Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel ditolak.

Anggaran Waktu Membaca:
Palestin luahkan penghargaan, PBB tolak keputusan Trump

Gambar fail rakyat Palestin memberontak ketika Presiden Trump umum keputusan AS. (Gambar: Ahmad Gharabli/ AFP)

Diterbitkan : 22 Dec 2017 12:04PM Dikemas Kini : 22 Dec 2017 05:52PM

RAMALLAH: Presiden Palestin berbesar hati dengan keputusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selepas perhimpunan agung diadakan di mana keputusan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengiktiraf Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel ditolak.

"Keputusan ini menegaskan sekali lagi bahawa rakyat Palestin masih boleh mendapat keadilan dengan adanya undang-undang antarabangsa, dan tiada keputusan dari mana-mana pihak boleh mengubah hakikat ini," demikian tertulis dalam kenyataan dari Presiden Palestin Mahmud Abbas. Jurucakapnya menegaskan bahawa "Baitulmakdis merupakan kawasan yang masih terlindung di bawah undang-undang antarabangsa."

"Kami akan terus berusaha bersama PBB dan ikut serta dalam forum-forum antarabangsa untuk menamatkan penjajahan dan membentuk satu negeri Palestin dengan ibu kotannya di timur Baitulmakdis," menurut peryataan itu.

Dalam laporan Astro Awani, perunding utama bagi Palestin Saeb Erekat ditukil mengatakan bahawa ugutan dari Amerika Syarikat itu memalukan bagi masyarakat antarabangsa.

"Sepanjang sejarah manusia, kuasa membawa tanggungjawab yang besar, jadi, untuk bertindak menentang undang-undang antarabangsa dengan ugutan merupakan suatu perkara yang amat memalukan.

"Walau bagaimanapun, kami berterima kasih kepada negara yang masih menyokong walaupun telah diugut," kata beliau seperti yang ditukil dalam laporan Astro Awani.

Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan keputusan Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel sebagai tidak sah dan batal.

128 negara menolak keputusan Amerika Syarikat itu, dengan sembilan lagi negara menyokong dalam pengundian yang diadakan.

35 negara lain mengambil pendirian berkecuali dalam sesi undian tersebut, manakala wakil 21 negara tidak hadir.

Pengundian yang berlangsung pada Khamis disifatkan satu kemenangan untuk Palestin, biarpun ia mencatat sokongan lebih rendah, berbanding 150 yang dijangkakan sebelum ini, lapor Astro Awani.  

Sumber : AFP/ Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan