Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Palestin bantah pelan Israel bina 3,000 rumah dekat Tebing Barat

Israel pada Rabu (24 Nov) memberikan kelulusan awal untuk membina beribu-ribu rumah di kawasan petempatan baru yang akan mengukuhkan lagi pengaruhnya di kawasan-kawasan Tebing Barat yang dikuasainya di sekitar Baitulmakdis.

Anggaran Waktu Membaca:
Palestin bantah pelan Israel bina 3,000 rumah dekat Tebing Barat

Petempatan Israel di Tebing Barat. (Gambar: AP)

Diterbitkan : 25 Nov 2021 09:42AM Dikemas Kini : 25 Nov 2021 09:44AM

BAITULMAKDIS: Israel pada Rabu (24 Nov) memberikan kelulusan awal untuk membina beribu-ribu rumah di kawasan petempatan baru yang akan mengukuhkan lagi pengaruhnya di kawasan-kawasan Tebing Barat yang dikuasainya di sekitar Baitulmakdis.

Langkah berkenaan mendorong para penduduk Palestin untuk menggesa Washington supaya campur tangan dalam isu tersebut.

Sebahagian besar kuasa dunia menyifatkan tindakan Israel itu sebagai satu perbuatan haram yang merampas wilayah-wilayah di mana Palestin sedang menubuhkan sebuah negara untuk rakyatnya.

Majlis Perbandaran Baitulmakdis bagaimanapun meluluskan kawasan yang disifatkan sebagai sebuah kawasan kejiranan yang baru di sempadan Tebing Barat dekat dengan bandar Ramallah di Palestin. Tapak itu yang sebelum ini menempatkan sebuah lapangan terbang dikenali sebagai Atarot kepada rakyat Israel.

Rancangan itu yang memerlukan kelulusan peringkat lanjut adalah bagi membina 3,000 rumah, dengan rancangan untuk menambah lagi 6,000 pada masa akan datang, kata Timbalan Datuk Bandar Baitulmakdis Arieh King kepada Reuters.

Penduduk Palestin mahukan Tebing Barat dan Carikan Gaza untuk dijadikan sebagai sebuah negara dengan timur Baitulmakdis sebagai ibu kotanya. Namun Israel menganggap seluruh bandar itu sebagai ibu negara yang tidak boleh dipecahkan.

"Rancangan petempatan itu bertujuan untuk memuktamadkan pemisahan Baitulmakdis daripada kawasan Palestin... dalam usaha untuk mengilhakkannya sebagai sebahagian daripada Israel," menurut Kementerian Luar Palestin dalam kenyataannya.

Ia menggesa Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa dunia yang lain "supaya segera mengambil tindakan untuk menghentikan projek-projek dan pelan petempatan itu".

Kedutaan Amerika Syarikat di Baitulmakdis belum lagi mengulas mengenai pelan tersebut.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan