Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pakatan Harapan tidak minat tubuh kerajaan baharu dengan pembangkang: Mahathir

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Pakatan Harapan (PH) tidak berminat bekerjasama dengan pembangkang dalam menubuhkan kerajaan baharu seperti yang dicadangkan seorang pemimpin UMNO.

Anggaran Waktu Membaca:
Pakatan Harapan tidak minat tubuh kerajaan baharu dengan pembangkang: Mahathir

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 08 Oct 2019 01:36PM Dikemas Kini : 08 Oct 2019 01:59PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Pakatan Harapan (PH) tidak berminat bekerjasama dengan pembangkang dalam menubuhkan kerajaan baharu seperti yang dicadangkan seorang pemimpin UMNO.

"Kita tidak berminat untuk buat itu (penubuhan kerajaan baharu). Kita sedar negara kita adalah negara berbilang kaum. Setiap kerajaan sejak merdeka sehingga sekarang mempunyai ahli-ahli kabinet terdiri daripada semua kaum," kata pengerusi PH itu kepada wartawan di lobi Parlimen hari ini (8 Okt).

Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan dalam kenyataan pada Isnin (7 Okt) dilaporkan mempelawa Dr Mahathir untuk menubuhkan sebuah kerajaan baharu dengan kerjasama Barisan Nasional, PAS, serta parti dari Sabah dan Sarawak demi kedudukan Melayu dan Islam.

Dr Mahathir, yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia berkata, hakikatnya adalah semua kaum di Malaysia mempunyai hak dalam negara ini.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan