Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pakatan Harapan sentiasa berusaha tunaikan janji, kata Wan Azizah

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sentiasa berusaha untuk menunaikan setiap janji mereka meskipun berdepan dengan kekangan sejak mengambil alih pentadbiran negara, kata Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Anggaran Waktu Membaca:
Pakatan Harapan sentiasa berusaha tunaikan janji, kata Wan Azizah

Gambar fail Timbalan Perdana Menteri Malaysia. (Gambar: Mohd Rasfan/AFP)

Diterbitkan : 23 Feb 2019 04:24PM Dikemas Kini : 23 Feb 2019 04:28PM

SEMENYIH: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sentiasa berusaha untuk menunaikan setiap janji mereka meskipun berdepan dengan kekangan sejak mengambil alih pentadbiran negara, kata Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau yang juga Presiden PH berkata janji-janji PH sewaktu menjadi pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-14 dulu, ditawarkan tanpa menyedari betapa runcingnya masalah yang akan diwarisi selepas membentuk kerajaan.

“Sekarang kita ditempelak. Kita mahu tunaikan janji sedaya upaya, apakan daya...kita warisi (masalah) daripada kerajaan (terdahulu yang berkuasa) 60 tahun. 

“Kita baru sembilan bulan (membentuk kerajaan) bagilah kita peluang,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan gotong royong di Surau Istiqamah Seksyen 6, Bandar Rinching hari ini, dalam program turun padang membantu kempen calon PH dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih. 

Dr Wan Azizah berkata apa yang ditawarkan PH sewaktu pilihan raya umum lalu adalah bersifat menyeluruh bagi memperbaiki keadaan negara dan meningkatkan ekonomi.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan