Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pakatan Harapan sedia terima 3 bekas menteri UMNO yang "mungkin dibuang"

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata tindakan Tan Sri Rafidah Aziz, Tan Sri Rais Yatim dan Tun Daim Zainuddin melakukan kritikan terbuka terhadap Barisan Nasional (BN) adalah hak mereka tersendiri.

Anggaran Waktu Membaca:
Pakatan Harapan sedia terima 3 bekas menteri UMNO yang "mungkin dibuang"

Dr Wan Azizah Wan Ismail. (Gambar: Dr Wan Azizah Wan Ismail/Facebook)

Diterbitkan : 04 May 2018 08:08PM Dikemas Kini : 04 May 2018 09:15PM

SUNGAI SIPUT, PERAK: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata tindakan Tan Sri Rafidah Aziz, Tan Sri Rais Yatim dan Tun Daim Zainuddin melakukan kritikan terbuka terhadap Barisan Nasional (BN) adalah hak mereka tersendiri.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, tindakan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, yang dikatakan berkemungkinan membuang ketiga-tiga bekas menteri itu bagaimanapun adalah hak parti tersebut, lapor Astro Awani.

"Terpulang kepada dia (Tengku Adnan), itu parti mereka, tetapi untuk seseorang seperti Tan Sri Rafidah dan Tun Daim untuk mengeluarkan kenyataan tersebut, Tan Sri Rafidah sendiri merupakan pemimpin yang sangat berkaliber.

"Sekarang mereka telah membuat keputusan, biarlah kita mempunyai hak asas untuk memilih siapa yang ingin disokong, ini adalah demokrasi.

"Sekiranya mereka (UMNO) hendak membuang mereka, terpulang. Itu parti mereka," katanya kepada para wartawan ketika melawat Kg Baharu Parit Ador, semalam (3 Mei).

Sementara itu, Dr Wan Azizah yang juga calon kerusi Parlimen Pandan berkata, beliau akan menerima sekiranya ketiga-tiga mereka menyuarakan hasrat untuk menyertai Pakatan Harapan (PH), menurut laporan Astro Awani.

"Sekarang kita boleh lihat mereka merupakan tulang belakang dan penyokong teguh Barisan Nasional sebelum ini, seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, yang pernah menjadi Perdana Menteri, malah pernah menjadi Presiden UMNO," tambahnya.

Terdahulu, Tengku Adnan memberi amaran tindakan pemecatan kepada ketiga-tiga ahli veteran parti itu susulan tindakan mereka mengkritik BN, lapor Astro Awani.

Cik Rafidah melalui Facebooknya sebelum ini, menyeru rakyat menolak BN dan memberi mandat mentadbir negara kepada Pakatan Harapan manakala Encik Daim pula terbuka menyokong Dr Mahathir dan beberapa calon Pakatan Harapan lain, menyatakan ia bagi memastikan masa depan lebih baik untuk generasi akan datang.

Encik Rais pula baru-baru ini mengkritik tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya membuang gambar Dr Mahathir daripada papan iklan pembangkang.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan