Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pakatan Harapan perlu menang 30 kerusi Parlimen Melayu - Mohamad Sabu

Pakatan Harapan (PH) perlu memenangi sekurang-kurangnya 30 kerusi Parlimen di kawasan majoriti orang Melayu agar bagi mengimbangi kerusi antara kaum, kata Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Encik Mohamad Sabu.

Anggaran Waktu Membaca:
Pakatan Harapan perlu menang 30 kerusi Parlimen Melayu - Mohamad Sabu

Encik Mohamad Sabu.

Diterbitkan : 13 Jul 2019 07:04PM Dikemas Kini : 13 Jul 2019 07:08PM

TUMPAT: Pakatan Harapan (PH) perlu memenangi sekurang-kurangnya 30 kerusi Parlimen di kawasan majoriti orang Melayu agar bagi mengimbangi kerusi antara kaum, kata Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Encik Mohamad Sabu.

Encik Mohamad Sabu berkata ia penting agar tuduhan yang dilemparkan beberapa pihak bahawa kerajaan Persekutuan kini hanya dikuasai oleh satu kaum sahaja dapat ditepis.

"Sekarang kerajaan dituduh (diperintah oleh) majoriti satu kaum (sahaja) jadi lebih harmoni kalau dapat ditambah 30 (kerusi majoriti orang Melayu) ke atas.

"Insya-Allah ada harapan ke arah itu tambahan pula perpindahan ahli kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Amanah dan Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) yang semakin ketara ketika ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Tahunan Amanah kawasan Tumpat kali ke-4 di Dewan Kompleks Perpaduan, Terbak di sini, hari ini (13 Jul).

Hadir sama Pengerusi Amanah Kelantan Encik Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan Ketua Amanah kawasan Tumpat Encik Wan Mohd Johari Wan Omar.

Mengulas lanjut, Encik Mohamad Sabu berkata justeru rakan komponen PH yang berteraskan orang Melayu perlu bekerja keras terutama di kawasan pantai timur dan utara tanah air dalam merealisasikan hasrat berkenaan.

"Yang kita yang belum banyak lagi menang terutama di Kelantan, Terengganu, Pahang dan beberapa (kawasan) di Kedah. Jadi di sini perlu Amanah, Bersatu dan Keadilan perlu tambah kerusi mereka. DAP dah menang hampir kesemua (kerusi Parlimen) yang diperuntukkan kepada mereka," katanya.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan