Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pakatan Harapan Perak didesak siasat dakwaan komplot jatuhkan Menteri Besar Perak

Armada Bersatu Perak mendesak kepimpinan Pakatan Harapan (PH) Perak menyiasat dakwaan bahawa terdapat exco kerajaan negeri berkomplot dengan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang untuk menjatuhkan Menteri Besar Perak.

Anggaran Waktu Membaca:
Pakatan Harapan Perak didesak siasat dakwaan komplot jatuhkan Menteri Besar Perak

Menteri Besar Perak. (Gambar: Ahmad Faizal Dato' Azumu/Facebook)

Diterbitkan : 26 Nov 2018 11:18AM Dikemas Kini : 26 Nov 2018 11:38AM

IPOH: Armada Bersatu Perak mendesak kepimpinan Pakatan Harapan (PH) Perak menyiasat dakwaan bahawa terdapat exco kerajaan negeri berkomplot dengan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang untuk menjatuhkan Menteri Besar Perak.

Ketua Armada Bersatu Encik Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh berkata pihaknya memandang serius dakwaan itu dan jika benar tindakan tegas mesti diambil terhadap pihak terbabit dengan memecat atau menggugurkannya dari exco kerajaan negeri selain tindakan disiplin diambil oleh kepimpinan parti.

Katanya, tindakan mempermainkan rakan-rakan PH dengan berkomplot bersama ADUN pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat adalah suatu perbuatan yang tidak boleh dikompromi sama sekali.

“Rakyat sudah memberi mandat serta kepercayaan kepada Pakatan Harapan dan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah juga sudah perkenan Menteri Besar Perak Encik Ahmad Faizal Azumu untuk mentadbir kerajaan negeri Perak.

“Semua pihak patut berhenti daripada menimbulkan perkara yang tidak berfaedah pada rakyat dengan menghidangkan perbalahan, perpecahan dan adu domba tidak kira daripada parti politik mana sekalipun jika kita benar-benar bertanggungjawab untuk memulihkan dan membina semula negeri Perak yang kita cintai ini,” katanya dalam kenyataan hari ini (26 Nov).

Semalam (25 Nov), media melaporkan UMNO Perak mendakwa wujudnya gerakan yang serius untuk menjatuhkan Encik Ahmad Faizal oleh beberapa orang exco kerajaan negeri menerusi usul undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Perkara itu didedahkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Encik Saarani Mohamad dan mendakwa rancangan itu hendak dilaksanakan oleh beberapa exco berkenaan dengan cuba memujuk sekurang-kurangnya lima ADUN Barisan Nasional supaya menyokong usul undi tidak percaya yang akan dibuat di DUN.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan