Pakatan Harapan diharapkan bawa perubahan kepada KL
Kejayaan di luar jangkaan Pakatan Harapan mengambil alih pemerintahan negara mengejutkan ramai warga kota Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR: Kejayaan di luar jangkaan Pakatan Harapan mengambil alih pemerintahan negara mengejutkan ramai warga kota Kuala Lumpur.
Rata-rata mereka mengharapkan perubahan itu akan membawa kepada masa depan lebih baik untuk rakyat.
"Kita harap Dr Tun Mahathir akan menunaikan janji dia Demi Negara Malaysia. Demi rakyat Malaysia berbilang kaum. Kita tak Kira kita Melayu, Cina, India, kita harus bersatu," kata seorang pengundi.
"Saya berharap Mahathir dapat mengawal negara ini sudah menjadi naik atas jadi tolonglah rakyat sini sebab saya pun susah jugak, kerja di restoran. Jadi saya minta tolong la, sudah hidup susah," ujar seorang lagi penduduk.
"Kita harap kerajaan yang baru ini boleh mengubah nasib kita sebagai pemandu teksi," kata seorang pemandu teksi pula.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.