Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pakatan Harapan belum putuskan calon PM

Pakatan Harapan belum memuktamadkan calon perdana menteri mereka untuk ditawarkan kepada pengundi menjelang konvensyen gabungan hari ini (7 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Pakatan Harapan belum putuskan calon PM

(Gambar: The Malaysian Insight)

Diterbitkan : 07 Jan 2018 11:51AM Dikemas Kini : 07 Jan 2018 11:57AM


PUTRAJAYA: Pakatan Harapan belum memuktamadkan calon perdana menteri mereka untuk ditawarkan kepada pengundi menjelang konvensyen gabungan hari ini (7 Jan).

Ketika orang ramai tertunggu-tunggu pengumuman mengenainya, Ketua Wanita Pakatan Harapan Zuraida Kamaruddin semalam (6 Jan) berkata isu berkenaan dibincangkan dalam konvensyen mereka, lapor Malaysiakini.

"Semua parti gabungan belum memutuskan (calon perdana menteri). Setakat ini prosesnya (perbincangan itu) sedang berjalan," katanya kepada media di Kajang, Selangor semalam (6 Jan).

Malah kata anggota parlimen Ampang itu, keputusan muktamad mengenainya mungkin tidak dicapai semalam (6 Jan).

Menurut laporan Malaysiakini, Cik Zuraida berkata PKR sudah membuat beberapa kenyataan berhubung isu berkenaan, termasuk menolak menamakan sebarang calon pada konvensyen Pakatan Harapan hari ini (7 Jan).

"Ada banyak benda lain yang perlu difokuskan, seperti apa yang kita boleh lakukan untuk rakyat dan perubahan yang boleh kita bawa.

"Kita juga perlu bincangkan apakah tawaran yang dapat dibawa kepada rakyat tidak kira siapa yang menjadi perdana menteri," katanya.

Secara peribadi Cik Zuraida berkata, beliau berpendapat Tun Dr Mahathir Mohamad lebih sesuai menjadi menteri kanan dan bukan mengisi tempat perdana menteri.

Sementara itu Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Pakatan Harapan mempunyai ramai calon yang layak untuk diangkat menjadi perdana menteri.

Katanya, Pakatan Harapan juga perlu memikirkan beberapa aspek lain untuk meletakkan seseorang menjadi calon perdana menteri.

"Kita memang ada ramai calon yang layak dan kita akan lihat pada faktor boleh menang dan faktor wanita.

"Wanita juga boleh jadi calon perdana menteri, apa salahnya?" kata beliau.

Menurut laporan Malaysiakini lagi, turut hadir di konvensyen semalam (7 Jan) ialah Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan