Pakatan Harapan akan tentukan tarikh sesuai untuk Anwar jadi Perdana Menteri M'sia
Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) akan menentukan tarikh yang sesuai bagi tempoh peralihan kuasa Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri Malaysia.
PORT DICKSON: Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) akan menentukan tarikh yang sesuai bagi tempoh peralihan kuasa Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri Malaysia.
Menurut laporan Astro Awani, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali, yang juga Menteri Ekonomi negara itu, berkata perkara tersebut tidak dibincangkan lagi.
Encik Mohamed Azmin berkata apa yang penting buat masa ini adalah PH memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson.
Astro Awani menukil Encik Mohamed Azmin sebagai berkata: “Konsensus sudah ada, seperti apa yang Tan Sri Muhyiddin Yassin katakan (ceramah), konsensus PH itu sudah dimuktamadkan dan kita tunggu masa sesuai untuk Anwar ambil alih kepimpinan negara."
“Cuma masanya PH akan bincangkan kelak,” kata beliau kepada pihak media selepas menghadiri program Majlis Doa Selamat, Tahlil dan Solat Hajat di Masjid Kariah, Port Dickson.
Encik Muhyiddin, yang juga Presiden Bersatu turut menghadiri majlis tersebut, lapor Astro Awani.
Sebelum ini, kerusi Parlimen Port Dickson disandang oleh Danyal Balagopal.
Encik Danyal bagaimanapun melepaskan jawatannya bagi memberi laluan kepada Encik Anwar.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.