Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pakar WHO syak arnab, spesies musang mungkin sebar COVID-19 ke manusia

Pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyelidik asal usul pandemik COVID-19 mencadangkan arnab dan ferret badgers (spesies musang) yang dijual di pasar Wuhan di China, kemungkinan turut menyebarkan virus itu kepada manusia, lapor Agensi Berita Sputnik.

Anggaran Waktu Membaca:
Pakar WHO syak arnab, spesies musang mungkin sebar COVID-19 ke manusia

Gambar fail seekor arnab peliharaan (Gambar: Ian Cheng)

Diterbitkan : 19 Feb 2021 08:04PM Dikemas Kini : 19 Feb 2021 08:07PM

MOSCOW: Pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyelidik asal usul pandemik COVID-19 mencadangkan arnab dan ferret badgers (spesies musang) yang dijual di pasar Wuhan di China, kemungkinan turut menyebarkan virus itu kepada manusia, lapor Agensi Berita Sputnik.

Menurut The Wall Street Journal, penyelidik bagaimanapun menyedari perlunya penyelidikan lebih lanjut mengenai pembekal haiwan tersebut dan haiwan-haiwan lain di pasar itu. Mereka belum lagi dapat memastikan senarai lengkap haiwan hidup dan mati yang dijual secara sah atau haram di pasar berkenaan.

Para pakar itu juga menegaskan China perlu melakukan ujian lebih menyeluruh di ladang penternakan mink (sejenis spesies musang) selepas penularan dua hala SARS-CoV-2 antara manusia dan mink disahkan di Eropah.

Pasukan pakar WHO menamatkan lawatan kerja empat minggu ke China minggu lalu.

Semasa sidang media, mereka mengumumkan bahawa ia bukan kebocoran virus dari makmal, manakala peranan pasar basah Wuhan masih belum jelas.

Penyelidik berpendapat timbul keraguan COVID-19 berpunca daripada kelawar dan menyatakan kemungkinan wujudnya perumah perantara.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan