Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pakar motivasi M'sia padam video ajar wanita kena jadi 'bodoh-bodoh sikit' supaya cepat dapat jodoh

"Siapa tinggi testosterone asyik nak drive, nak achieve, nak independent, haa memanglah. Orang laki-laki suka perempuan lemah-lembut, high estrogen, mengharapkan perlu ditolong biarlah macam bodoh-bodoh sikit, kan boleh lah." ujar Dr Muhaya Mohamad dalam video yang kini dipadam.

Anggaran Waktu Membaca:
Pakar motivasi M'sia padam video ajar wanita kena jadi 'bodoh-bodoh sikit' supaya cepat dapat jodoh

(Gambar: Facebook/Prof Dr Muhaya)

Diterbitkan : 11 Jun 2021 12:17AM Dikemas Kini : 11 Jun 2021 12:45AM

PETALING JAYA: Wanita yang tertanya-tanya mengapa mereka masih belum bertemu jodoh patut fikir semula cita-cita mereka dan berhenti berusaha untuk menyaingi lelaki, kata pakar motivasi Malaysia, Muhaya Mohamad.

Doktor dan penceramah motivasi itu mencetuskan kontroversi online setelah memuat naik video yang kini dipadam, yang menasihatkan wanita mengenai cara untuk menamatkan zaman bujang mereka.

Petua beliau termasuk memberitahu wanita agar bertindak macam "bodoh-bodoh sikit" kerana lelaki lebih suka pasangan dengan "banyak estrogen", dan wanita perlu dibantu oleh kaum lelaki.

"Siapa tinggi testosterone asyik nak drive, nak achieve, nak independent, haa memanglah. Orang laki-laki suka perempuan lemabut-lembut hish estrogen, mengharapkan perlu ditolong biarlah macam bodoh-bodoh sikit, kan boleh lah. Pada siapa yang lambat jodoh perlu tengok karekter anda bagaimana," ujarnya.

Dr Muhaya berpandangan bahawa wanita harus meraikan kepimpinan dan kekuatan lelaki sebagaimana yang ditentukan oleh Tuhan.

Beliau mengingatkan wanita bahawa tidak kira seberapa berjaya mereka di tempat kerja, dalam hal agama, wanita akan selalu berada di belakang lelaki.

“Semua imam adalah lelaki, nabi juga lelaki," tambahnya.

Ramai rakyat Malaysia tidak teragak-agak untuk membidas personaliti televisyen itu kerana pandangannya dianggap yang ketinggalan zaman mengenai peranan jantina.

"Sekiranya wanita terlalu bebas, kita akan mempunyai testosteron tinggi? Saya lebih suka membujang jika kebodohan saya yang menarik calon suami saya,” tulis @empthyshadoww yang memuat naik potongan video itu di Twitter.

“Mengapa kita mesti merendahkan diri? Sudahlah dunia tidak menghormati wanita dan sekarang kita harus menghina diri sendiri? " tambah @swaroseki.

Ramai juga menyuarakan rasa marah terhadap pesanan yang dianggap salah dan merosakkan kepada wanita muda.

Antara yang bersuara termasuk pakar bedah Malaysia yang berpusat di London Dr Amalina Bakri.

Dr Muhaya, yang mempunyai lebih setengah juta pengikut di Instagram telah memadamkan video tersebut setelah menghadapi reaksi balas.

Beliau juga mematikan ruang komen di catatan Instagramnya setelah mendapat kritikan daripada orang ramai.

Dr Muhaya sebelum ini pernah mendapat sorotan berita pada Januari tahun ini setelah menggesa mereka yang menghadapi masalah kegelisahan supaya berhenti mengambil ubat dan mengabaikan nasihat psikiatri mereka.  

LAPORAN BERKAITAN:

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan