Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pakar keselamatan siber mengaku bersalah cipta virus serangan

Penyelidik keselamatan siber Britain yang pernah disanjung sebagai wira kerana menghentikan serangan ransomware ‘WannaCry’ pada 2017, mengaku bersalah terhadap tuduhan menulis virus serangan komputer di Amerika Syarikat.

Anggaran Waktu Membaca:
Pakar keselamatan siber mengaku bersalah cipta virus serangan

(Gambar Hiasan: AFP)

Diterbitkan : 20 Apr 2019 07:19PM Dikemas Kini : 20 Apr 2019 07:20PM

WASHINGTON: Penyelidik keselamatan siber Britain yang pernah disanjung sebagai wira kerana menghentikan serangan ransomware ‘WannaCry’ pada 2017, mengaku bersalah terhadap tuduhan menulis virus serangan komputer di Amerika Syarikat.

Marcus Hutchins, yang didakwa dengan 10 tuduhan di Amerika Syarikat, mengaku bersalah kepada dua daripadanya, dengan pemerintah Amerika bersetuju menggugurkan baki tuduhan ketika hukuman dijatuhkan, menurut dokumen di Mahkamah Daerah di Wisconsin.

“Saya mengaku bersalah terhadap dua tuduhan berkaitan menulis virus serangan dalam masa tiga tahun sebelum memulakan kerjaya dalam bidang keselamatan,” kata Hutchins, juga dikenali online sebagai MalwareTech, tanpa mengulas lanjut.

Hutchins menjadi terkenal sekelip mata dalam kalangan masyarakat penggodam komputer pada Mei 2017 apabila membantu menyekat serangan ransomware WannaCry, yang menjejas ratusan ribu komputer dan menyebabkan gangguan di kilang, hospital, kedai dan sekolah di lebih 150 negara.

Dia ditahan lewat tahun lalu di Las Vegas atas tuduhan tidak berkaitan iaitu menulis dan menjual kod jahat yang digunakan untuk mencuri keupayaan perbankan.

Pendakwa Amerika mendakwa bersama seorang lagi defendan, Hutchins mengiklankan, mengedar dan mendapat keuntungan daripada kod serangan dikenali sebagai ‘Kronos’ antara Julai 2014 dan 2015. 

Sumber : Reuters/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan