Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pakar China: Sebahagian tapak uji nuklear Korea Utara runtuh

Sebahagian tapak uji nuklear bawah tanah Korea Utara runtuh menyusuli letupan bom yang sangat kuat tahun lalu sehingga tapak itu tidak lagi dapat digunakan.

Anggaran Waktu Membaca:
Pakar China: Sebahagian tapak uji nuklear Korea Utara runtuh

(Gambar: AFP/HO)

Diterbitkan : 26 Apr 2018 09:33AM Dikemas Kini : 26 Apr 2018 09:34AM

BEIJING: Sebahagian tapak uji nuklear bawah tanah Korea Utara runtuh menyusuli letupan bom yang sangat kuat tahun lalu sehingga tapak itu tidak lagi dapat digunakan. Demikian menurut para ahli seismologi China.

Korea utara melancarkan lima daripada enam ujian nuklear di tapak itu. Ujian terbesar dijalankan pada September lalu sehingga berlaku gempa bumi sekuat 6.3 pada skala Richter yang gegarannya turut dirasakan sepanjang sempadan utara China.

Tanah runtuh dan gempa bumi menyusuli letupan itu mencetuskan spekulasi bahawa tapak itu sedang mengalami sindrom 'tired mountain' di mana tanah tapak uji itu tidak lagi kukuh.

Dua kajian melibatkan para pakar China mendapati gempa susulan sekuat 4.1 pada skala Richter melanda Korea Utara sekitar lapan minit selepas gempa pertama meruntuhkan batu-batu dalam gunung.

"Gempa susulan itu bukan diakibatkan pergerakan tektonik atau letupan lain," menurut salah satu kajian yang baru diterbitkan bulan lalu.

"Ia berlaku akibat proses yang serupa dengan 'imej cermin' letupan, iaitu runtuhan batu, atau pemadatan, yang pertama kali didokumentasikan di tapak uji Korea Utara."

Bagaimanapun, ada juga kajian yang menyatakan bahawa belum dapat dipastikan jika tapak itu tidak lagi boleh digunakan atau terdapat kebocoran radiasi.

Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un mengisytiharkan minggu lalu bahawa Pyongyang tidak lagi akan melancarkan ujian nuklear dan peluru berpandu dan ia akan menutup tapak uji nuklearnya yang terletak di timur laut negara itu.

Perisytiharan itu dibuat beberapa hari sebelum sidang puncak antara beliau dengan Presiden Korea Selatan Monn Jae-in yang bakal diadakan esok (27 Apr). Ia akan disusuli dengan pertemuannya dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump. 

Sumber : AFP/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan