Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pakar bom Mesir terbunuh semasa matikan bom dekat gereja

Seorang pegawai polis Mesir terbunuh semasa beliau sedang mencuba untuk mematikan sebutir bom yang ditemui dekat sebuah gereja di kawasan timur ibu kota Kaherah pada Sabtu (5 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 06 Jan 2019 11:14PM Dikemas Kini : 06 Jan 2019 11:18PM

KAHERAH: Seorang pegawai polis Mesir terbunuh semasa beliau sedang mencuba untuk mematikan sebutir bom yang ditemui dekat sebuah gereja di kawasan timur ibu kota Kaherah pada Sabtu (5 Jan).

Menurut laporan, bom itu adalah salah satu daripada dua butir bom yang ditemui di dalam sebuah beg di bahagian bumbung bangunan berhampiran gereja tersebut.

Dua lagi anggota polis dan seorang awam turut cedera akibat letupan yang berlaku. Bom-bom itu ditemui kurang dua hari sebelum para penganut Kristian di Mesir meraikan Krismas Koptik.

Buat masa ini, belum ada sebarang pihak yang mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut.

Namun pada masa lalu, kumpulan militan pernah melancarkan serangan terhadap gereja-gereja Kristian Koptik, pelancong dan anggota keselamatan di Mesir.  

Sumber : Reuters/MU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan