Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Padah cuai, doktor tersilap gugur janin pesakit

Polis di Korea Selatan sedang menyiasat seorang doktor yang silap melakukan prosedur pengguguran tanpa memeriksa daftar pesakit. Wanita tersebut yang mengandung enam minggu dilaporkan mengunjungi sebuah klinik di daerah Gangseo untuk mendapatkan suntikan kesihatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Padah cuai, doktor tersilap gugur janin pesakit

Gambar hiasan. (Gambar: AFP/Getty Images/John Moore)

Diterbitkan : 25 Sep 2019 10:49PM Dikemas Kini : 25 Sep 2019 10:51PM

SEOUL: Polis di Korea Selatan sedang menyiasat seorang doktor yang silap melakukan prosedur pengguguran tanpa memeriksa daftar pesakit. Wanita tersebut yang mengandung enam minggu dilaporkan mengunjungi sebuah klinik di daerah Gangseo untuk mendapatkan suntikan kesihatan. Bagaimanapun, disebabkan oleh rekod perubatan yang tidak teratur dan kegagalan untuk memeriksa identitinya, wanit aitu sebaliknya disuntik ubat bius.

Prosedur pengguguran kemudian dijalankan ke atasnya.

"Doktor dan jururawat mengakui kesalahan mereka,"kata jurucakap polis.

"Mereka kini didakwa atas kecuaian yang menyebabkan kemalangan nyawa," tambahnya.

Menurut laporan agensi berita Korea Selatan, Yonhap, pesakit tidak menyedari prosedur pengguguran yang dijalankan ke atasnya.

Doktor dan jururawat bertugas telah ditahan untuk siasatan dan kes diusulkan ke pejabat pendakwa raya. 

Sumber : Agensi berita/NA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan