Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Oxford henti uji vaksin AstraZeneca ke atas kanak-kanak, tunggu data berkaitan darah beku

Universiti Oxford menghentikan satu ujian kecil-kecilan vaksin COVID-19 yang dibangunkan bersama AstraZeneca ke atas kanak-kanak dan remaja di UK.

Anggaran Waktu Membaca:
Oxford henti uji vaksin AstraZeneca ke atas kanak-kanak, tunggu data berkaitan darah beku

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 07 Apr 2021 09:06AM Dikemas Kini : 07 Apr 2021 09:07AM

LONDON: Universiti Oxford menghentikan satu ujian kecil-kecilan vaksin COVID-19 yang dibangunkan bersama AstraZeneca ke atas kanak-kanak dan remaja di UK.

Ini sedang ia menunggu lebih banyak data berkaitan isu-isu darah beku dalam kalangan orang dewasa yang sudah menerima suntikan vaksin tersebut.

Gangguan ke atas ujian itu adalah hambatan terbaru bagi vaksin tersebut, yang pernah dipuji sebagai kejayaan penting dalam usaha memerangi pandemik, setelah beberapa negara menyekat penggunaannya menyusuli laporan-laporan tentang isu-isu perubatan selepas suntikan vaksin.

Tiada keprihatinan mengenai keselamatan dalam ujian pada kanak-kanak dan remaja, menurut Universiti Oxford, sambil menambah ia akan menunggu panduan daripada badan pengawalan ubat-ubatan UK sebelum meneruskan vaksinasi.

Pada bulan Februari lalu, universiti itu menyatakan ia merancang untuk mendapatkan 300 sukarelawan berusia antara enam tahun dengan 17 tahun di United Kingdom sebagai sebahagian daripada kajian itu.

Agensi Ubat-Ubatan Eropah (EMA) sedang mengkaji semula laporan-laporan tentang isu darah beku otak yang sangat jarang berlaku dikenali sebagai trombosis sinus vena serebral (CVST), selepas menerima suntikan vaksin AstraZeneca dan ia dijangka mengumumkan dapatannya pada Rabu (7 Apr) atau Khamis (8 Apr).

Seorang pegawai kanan EMA berkata terdapat kaitan jelas antara vaksin itu dengan CVST, meskipun punca darah beku itu masih belum diketahui.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), yang sedang meneliti data-data terbaru mengenai vaksin AstraZeneca di samping badan-badan pengawalan lain, pada Selasa (6 Apr) menyatakan tiada sebab untuk mengubah penilaiannya bahawa manfaat vaksin itu melebihi sebarang risiko.

Pertikaian-pertikaian dengan pemerintah di merata Eropah tentang penghasilan, bekalan dan kemungkinan kesan sampingan dan faedah vaksin itu menjejas syarikat pembikin ubat-ubatan tersebut untuk berbulan-bulan.

Sumber : Reuters/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan