Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Osaka, Tokyo minta diisytihar darurat COVID-19

Keadaan darurat mungkin dilaksanakan semula di beberapa bahagian Jepun ekoran lonjakan kes COVID-19 baru-baru ini dengan pihak berkuasa di Tokyo dan Osaka sekali lagi mempertimbangkan dilaksanakan sekatan untuk membendung penularannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Osaka, Tokyo minta diisytihar darurat COVID-19

Orang ramai di Osaka, Jepun pada 7 Apr 2021 memakai pelitup di tengah COVID-19 (Gambar: Kyodo/via REUTERS)

Diterbitkan : 19 Apr 2021 06:22PM Dikemas Kini : 19 Apr 2021 06:29PM

TOKYO: Keadaan darurat mungkin dilaksanakan semula di beberapa bahagian Jepun ekoran lonjakan kes COVID-19 baru-baru ini dengan pihak berkuasa di Tokyo dan Osaka sekali lagi mempertimbangkan dilaksanakan sekatan untuk membendung penularannya.

Gelombang baru jangkitan menyulitkan persiapan temasya Sukan Olimpik Tokyo, yang dijadual bermula pada Julai setelah ditunda ekoran pandemik koronavirus global tahun lalu.

Osaka, Tokyo, dan lapan wilayah lain kini berada di bawah "keadaan perintah kawalan pergerakan darurat" yang bertujuan mengawal penularan COVID-19 dengan waktu perniagaan lebih singkat bagi restoran dan bar serta aturan bekerja dari rumah.

Namun langkah-langkah tersebut tidak begitu berkesan dalam membendung trend lonjakan kes jangkitan sejauh ini, dengan Osaka melaporkan 1,220 kes pada Ahad (18 April), dua minggu setelah sekatan tersebut dikuat kuasakan.

"Perkhidmatan perubatan juga semakin teruk dan kami memutuskan bahawa kamu memerlukan keadaan darurat. Kami perlukan langkah-langkah yang lebih tegas seperti tindakan yang akan menyekat pergerakan orang ramai," kata Gabenor Osaka, Hirofumi Yoshimura kepada wartawan, sambil menambah bahawa wilayah ketiga paling ramai penduduk itu akan membuat permintaan rasmi kepada kerajaan pada Selasa.

Dalam satu tinjauan TV Asahi yang diterbitkan pada Isnin, lebih daripada separuh responden mengatakan mereka percaya bahawa sekatan "separa darurat" tidak berkesan.

Tokyo juga sedang mempertimbangkan permintaan darurat, kata Gabenor Yuriko Koike kepada wartawan pada lewat Ahad, dalam satu langkah ke belakang ketika Jepun berusaha mengawal pandemik menjelang Olimpik Musim Panas.

"Mengambil tindakan awal sangat penting sekarang," kata Gabenor Koike. Tokyo melaporkan 543 kes baru pada Ahad, kenaikan ke-18 berturut-turut bagi tempoh tujuh hari.

Ditanya mengenai kemungkinan permintaan dari Osaka dan Tokyo, jurucakap tertinggi kerajaan, Ketua Setiausaha Kabinet Katsunobu Kato, berkata bahawa setiap permintaan perlu dipertimbangkan "dengan pantas."

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan