Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Operasi Utusan Malaysia dan Kosmo! tidak dihentikan, malah naik harga

Utusan Melayu (Malaysia) Bhd beroperasi seperti biasa hari ini, sedangkan sejak beberapa hari lalu muncul desas-desus pasaran bahawa kumpulan itu akan menghentikan operasinya selepas minggu ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Operasi Utusan Malaysia dan Kosmo! tidak dihentikan, malah naik harga

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 21 Aug 2019 04:13PM Dikemas Kini : 21 Aug 2019 04:16PM

KUALA LUMPUR: Utusan Melayu (Malaysia) Bhd beroperasi seperti biasa hari ini, sedangkan sejak beberapa hari lalu muncul desas-desus pasaran bahawa kumpulan itu akan menghentikan operasinya selepas minggu ini.

Lembaga Pengarah Utusan dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini (21 Ogos) mengumumkan syarikat berkenaan akan terus beroperasi dan menerbitkan akhbar-akhbarnya iaitu Utusan Malaysia dan Kosmo!. 

"Oleh itu, Lembaga menafikan khabar angin bahawa Utusan akan menghentikan operasi dan pencetakannya seperti mana yang tersebar dalam akhbar lain serta media sosial,” menurut syarikat tersebut.

Utusan juga mengumumkan secara rasmi penerbitan akhbar berbahasa Melayunya akan naik harga sebanyak 50 sen minggu ini.

"Syarikat memutuskan untuk menaikkan harga surat khabar Utusan Malaysia daripada RM1.50 kepada RM2.00, manakala Kosmo! daripada RM1.00 kepada RM1.50, masing-masing berkuat kuasa pada 23 Ogos dan 25 Ogos."

Akhbar harian berbahasa Melayu tertua di Malaysia itu ditubuhkan pada 1939 sebagai Utusan Melayu, dengan penerbitan pertamanya dalam tulisan Jawi dan ia sudahpun beroperasi selama 80 tahun. 

Kumpulan berkenaan baru-baru ini mengumumkan ia tidak dapat memenuhi keperluan Bursa Malaysia untuk menaikkan status Nota Amalan 17 (PN17) daripada 20 Ogos 2018 justeru berdepan kemungkinan dinyahsenaraikan daripada bursa tempatan.

Pada rehat tengah hari ini, saham Utusan turun 0.5 sen kepada 6.5 sen dengan 1.26 juta saham diniagakan.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan