Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Omicron 'hampir pasti' tidak lebih teruk berbanding Delta, kata pakar AS

Pakar saintis kanan Amerika Syarikat Anthony Fauci berkata pada Selasa (7 Dis) bahawa petanda awal membayangkan varian COVID-19, Omicron, tidak seteruk varian-varian sebelumnya. Encik Fauci juga memberi amaran ia mungkin akan mengambil masa selama beberapa minggu lagi untuk menilai keterukannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Omicron 'hampir pasti' tidak lebih teruk berbanding Delta, kata pakar AS

Encik Anthony Fauci. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 08 Dec 2021 08:12AM Dikemas Kini : 08 Dec 2021 08:13AM

WASHINGTON: Pakar saintis kanan Amerika Syarikat Anthony Fauci berkata pada Selasa (7 Dis) bahawa petanda awal membayangkan varian COVID-19, Omicron, tidak seteruk varian-varian sebelumnya. Encik Fauci juga memberi amaran ia mungkin akan mengambil masa selama beberapa minggu lagi untuk menilai keterukannya.

Bercakap kepada AFP, ketua penasihat perubatan Presiden Joe Biden itu turut memberikan perincian tentang apa yang diketahui dan tidak diketahui tentang Omicron mengikut tiga bidang utama: keupayaannya untuk menular, sejauh mana ia boleh mengelak imuniti daripada jangkitan lalu dan vaksin sebelum ini, dan sejauh mana penyakit yang dialami adalah serius.

Varian baru itu "jelas mudah berjangkit," kemungkinan besar lebih mudah berjangkit berbanding Delta yang kini merupakan varian dominan di seluruh dunia, kata Encik Fauci.

Data epidemiologi yang dikumpul dari seluruh dunia juga menunjukkan bahawa kadar jangkitan semula adalah lebih tinggi bagi varian Omicron.

Encik Fauci yang merupakan pengarah Institut Nasional Alahan dan Penyakit Berjangkit (NIAID) berkata bahawa hasil ujian daripada eksperimen makmal yang menguji kekebalan antibodi daripada vaksin-vaksin sedia ada terhadap Omicron seharusnya boleh diperolehi dalam "tempoh beberapa hari hingga seminggu akan datang".

Berhubung keterukan jangkitan varian Omicron, "ia hampir pasti tidak lebih teruk daripada varian Delta," kata Encik Fauci.

"Terdapat beberapa cadangan bahawa varian Omicron mungkin kurang teruk kerana apabila anda melihat pada segelintir kohort yang sedang dipantau di Afrika Selatan, nisbah antara jumlah jangkitan dan jumlah kemasukan ke hospital nampaknya lebih rendah berbanding dengan varian Delta."

Namun beliau menekankan bahawa adalah penting untuk tidak terlalu mentafsir data ini kerana golongan penduduk yang dipantau sebahagian besarnya merupakan golongan muda dan kurang kemungkinan dimasukkan ke hospital. Penyakit-penyakit teruk juga mungkin mengambil masa beberapa minggu sebelum ia mencapai ke peringkat itu.

"Saya rasa ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya beberapa minggu lagi" untuk mengesahkan di Afrika Selatan, dari mana varian itu pertama kali dilaporkan pada November, katanya.

"Kemudian setelah lebih ramai orang dijangkiti di seluruh dunia, ia mungkin mengambil lebih masa untuk menilai keterukan jangkitan varian itu."

Sumber : AFP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan