Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

OIC gesa masyarakat antarabangsa tambah tekanan terhadap Myanmar

Para menteri luar negara-negara Islam melancarkan kempen untuk mendapatkan sokongan antarabangsa berhubung krisis pelarian Rohingya.

Anggaran Waktu Membaca:
OIC gesa masyarakat antarabangsa tambah tekanan terhadap Myanmar

Para anggota OIC mengadakan pertemuan dengan pelarian Rohingya di kem Kutupaling. (Gambar: AFP/STR)

Diterbitkan : 07 May 2018 10:21AM Dikemas Kini : 07 May 2018 10:24AM

DHAKA: Para menteri luar negara-negara Islam melancarkan kempen untuk mendapatkan sokongan antarabangsa berhubung krisis pelarian Rohingya.

Para menteri luar dan wakil daripada 53 anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) menubuhkan sebuah jawatankuasa kempen semasa mengadakan rundingan dua hari di Dhaka, Bangladesh semalam (6 Mei).

Setiausaha Agung OIC Yousef bin Ahmed Al-Othaimeen menyifatkan langkah tersebut sebagai langkah penting dalam menghuraikan krisis pelarian sekitar 700,000 Muslim Rohingya yang melarikan diri dari Myanmar ke kem-kem di Bangladesh.

Al-Othaimeen selanjutnya menegaskan bahawa negara-negara Islam harus ‘menambahkan tekanan terhadap masyarakat antarabangsa’.

“Ini bukan (hal) keagamaan tetapi merupakan (hal berhubung) hak asasi saudara-saudara kita sejak 50 tahun kebelakangan ini,” kata beliau.

Bangladesh sudah mengambil tindakan diplomatik untuk menggesa Myanmar supaya mengambil semula para pelarian.

Kedua-dua negara memeterai perjanjian untuk menghantar pulang para pelarian pada November lalu, tetapi tiada seorang pun yang pulang ke Myanmar sejauh ini.

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan