Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Nyawa melayang apabila para pelajar bertarung ala 'Gladiator' di Bogor

Pergaduhan ala gladiator yang berlaku antara para pelajar di Bogor sekali lagi mengorbankan nyawa. Asy-Syuhada Rumpin, 16 tahun meninggal dunia dalam pertempuran dengan pelajar sekolah lain di Kampung Leuwihalang Jumaat lalu (24 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Nyawa melayang apabila para pelajar bertarung ala 'Gladiator' di Bogor

Pergaduhan ala gladiator yang berlaku di Bogor. (Gambar: Merdeka.com)

Diterbitkan : 29 Nov 2017 09:11PM Dikemas Kini : 29 Nov 2017 09:16PM

BOGOR: Pergaduhan ala gladiator yang berlaku antara para pelajar di Bogor sekali lagi mengorbankan nyawa. Asy-Syuhada Rumpin, 16 tahun meninggal dunia dalam pertempuran dengan pelajar sekolah lain di Kampung Leuwihalang Jumaat lalu (24 Nov).

Ketua polis daerah Sudin Simangunsong mengatakan mangsa meninggal dunia selepas terkena sabit beberapa kali pada tubuhnya.

Beliau turut mendedahkan bahawa sebelum ini, mangsa membuat janji bersama pihak lawannya itu untuk bergaduh.

"Jadi mereka memang sudah merancang untuk bertempur antara sekolah," kata Encik Sudin sebagai pengesahannya pada Sabtu lalu (25 Nov).

Beliau turut menambah bahawa semasa bertarung, mangsa tidak bersendiri dan terdapat dua rakannya yang bertarung bersama. Mereka juga mempunyai pihak lawan mereka sendiri.

Semasa pertarungan berlaku, mangsa terkena luka robek akibat dikelar sabit di bahagian pinggang, punggung, lengan dan pergelangan tangan. Apabila rakannya dapat tahu mengenai kecederaannya itu, mereka bergegas membawanya ke hospital.

"Nyawa korban tidak tertolong dan meninggal dunia di pusat kesihatan masyarakat kerana kehabisan darah," katanya lagi.

Selepas melakukan siasatan, pihak polis menahan seorang pelajar yang terlibat dalam pembunuhan itu.

Sebelum ini, pertempuran yang sama pernah berlaku di Bogor. Seorang pelajar berusia 15 tahun juga meninggal dunia akibat pertempuran ala Gladiator itu pada September lalu. 

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan