Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Nurul Izzah sah tanding Naib Presiden PKR

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar bertanding bagi merebut jawatan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pemilihan parti itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Nurul Izzah sah tanding Naib Presiden PKR

Nurul Izzah, anak sulung Anwar Ibrahim. (Gambar: AFP/Manan Watsyayana)

Diterbitkan : 05 Aug 2018 05:12PM Dikemas Kini : 05 Aug 2018 05:16PM

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar bertanding bagi merebut jawatan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pemilihan parti itu.

Menurut laporan Utusan Online, borang pencalonan Cik Nurul Izzah diserahkan oleh Pengarah Komunikasi PKR, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil di Ibu pejabat PKR, Petaling Jaya.

Sementara itu, Ahmad Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai turut menyerahkan borang pencalonannya untuk merebut jawatan ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, tambah Utusan Online.

Turut sama menghantar borang pencalonan bagi menduduki jawatan ahli MPP ialah Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Rashid Hasnon, menurut Utusan Online.

Proses penghantaran borang pencalonan pemilihan PKR peringkat pusat tamat pada pukul lima petang pada 5 Ogos.


LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan