Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Novavax mohon dimasukkan senarai vaksin COVID-19 WHO bagi kegunaan kecemasan

Novavax Inc dan rakan kerjanya Serum Institute of India memohon kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi dimasukkan vaksin COVID-19 keluaran Novavax, di bawah senarai penggunaan kecemasan, menurut syarikat itu pada Khamis (23 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Novavax mohon dimasukkan senarai vaksin COVID-19 WHO bagi kegunaan kecemasan

(Gambar hiasan: REUTERS/Dado Ruvic)

Diterbitkan : 24 Sep 2021 08:56AM Dikemas Kini : 24 Sep 2021 09:04AM

REUTERS: Novavax Inc dan rakan kerjanya Serum Institute of India memohon kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi dimasukkan vaksin COVID-19 keluaran Novavax, di bawah senarai penggunaan kecemasan, menurut syarikat itu pada Khamis (23 Sep).

Senarai penggunaan kecemasan WHO itu adalah isyarat kepada pihak berkuasa kawal selia nasional bagi keselamatan dan keberkesanan sesuatu produk.

Ia juga merupakan syarat untuk eksport ke beberapa negara yang mengambil bahagian dalam kemudahan perkongsian vaksin, COVAX.

Novavax dan Serum Institute, pengeluar vaksin terbesar dunia, memberi komitmen untuk menyediakan secara bersama lebih 1.1 bilion dos kepada kemudahan COVAX, yang bertujuan untuk menawarkan akses vaksin COVID-19 lebih saksama ke negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana.

Suntikan Novavax adalah vaksin yang berasaskan protein dan menunjukkan keberkesanan keseluruhan 90.4 peratus dalam ujian di Amerika Syarikat dan Mexico.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan