Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Notre-Dame Paris 'diselamatkan' setelah kebakaran musnahkan puncak menara gereja

Salah satu mercu tanda paling popular di dunia, Gereja Besar Notre-Dame di ibu kota Perancis, Paris, dijilat api pada Isnin (15 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Notre-Dame Paris 'diselamatkan' setelah kebakaran musnahkan puncak menara gereja

Para anggota bomba berusaha berjam-jam lamanya untuk memadamkan kebakaran di Gereja Besar Notre-Dame. (Gambar: Geoffroy VAN DER HASSELT/AFP)

Diterbitkan : 16 Apr 2019 08:25AM Dikemas Kini : 16 Apr 2019 08:30AM

PARIS: Salah satu mercu tanda paling popular di dunia, Gereja Besar Notre-Dame di ibu kota Perancis, Paris, dijilat api pada Isnin (15 Apr).

Kebakaran itu dilaporkan menyebabkan seluruh bahagian bumbung dan puncak menara gereja itu roboh.

Para anggota bomba berusaha berjam-jam lamanya untuk memadamkan kebakaran itu dan akhirnya berjaya menyelamatkan struktur itu daripada musnah sepenuhnya.

Sekurang-kurangnya seorang anggota bomba mengalami kecederaan serius semasa memadamkan kebakaran.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron melawat tapak kejadian tersebut.

Beliau berkata, beliau berasa sedih melihat sesuatu yang dianggap sebahagian daripada kehidupan rakyat Perancis musnah akibat kebakaran itu.

Beliau mengisytiharkan tragedi itu sebagai satu darurat negara.

Encik Macron berkata Perancis berada dalam kesedihan, sambil berikrar untuk membangunkan semula Gereja Besar yang dibina pada abad ke-12 itu, yang juga merupakan sebuah tapak Warisan Dunia UNESCO. 

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan